Asyik makan ayam dan ikan sahaja, sekali-sekala mahu juga mencuba masakan daging. Tapi leceh la, nak sediakan daging ni makan masa baru dia menjadi lembut dan enak dimakan.
Nah! Bagi anda yang gemarkan aneka masakan daging salai ala Negeri Sembilan, Daging Salai Gadis Jolobu menyediakan produk daging salai yang sangat lembut, siap potong dan sedia untuk dimasak.
Bukan sahaja lembut dan mudah mahu menyediakannya, malah anda boleh masak apa sahaja jenis masakan dengan hanya menggunakan daging salai ini.
Produk daging salai ini dijamin lembut kerana daging yang digunakan adalah daripada gred terbaik dan keenakannya ditambah lagi dengan aroma salaian yang melekat pada daging.
Proses penyalaian 50 kilogram daging mengambil masa sehingga tujuh jam bagi menghasilkan daging salai yang berkualiti tinggi, aroma salaian melekat pada daging, daging yang lembut dan tidak liat boleh dimakan terus.
Harga sepaket adalah RM17 sahaja dan mengandungi daging salai seberat 250 gram. Ia boleh dimakan sehingga empat orang dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti lemak cili api, spageti, kicap, pedas dan macam-macam lagi lah!
Lebih menarik, Daging Salai Gadis Jolobu juga menawarkan produk daging jeruk yang turut sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Daging tak perlu dimasak lama kerana ia sememangnya sudah lembut. Harganya hanya RM10 untuk sepaket 280 gram.
Sumber foto: FB Daging Salai Gadis Jolobu
Daging jeruk gadis jolobu boleh siap dimasak dalam masa lima minit sahaja. Hanya perlu potong cili api, bawang merah, dan tumiskan dalam minyak panas. Kemudian, masukkan daging jeruk dan kacau rata selama dua minit. Siap!
Tunggu apa lagi? Jika berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 0123011527 atau layari laman Facebooknya di https://www.facebook.com/DagingSalaiGadisJolobu. - CARI |