View: 2677|Reply: 6
|
Pujian Untuk Anak, Merosakkan Dan Bikin Anak Jadi Sombong?
[Copy link]
|
|
Memberi pujian kepada si anak, adakah satu perkara yang wajar atau sebaliknya?
Pujian dikatakan mampu memberi semangat dan inspirasi buat si kecil agar menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Namun, dalam masa yang sama ia dapat membina keyakinan yang berlebihan dalam diri anak dan kesannya membuatkan mereka meninggi diri pada masa akan datang.
Lupa diri dan sombong itulah perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa terhadap anaknya, benar? Jadi bagaimanakah melontarkan pujian agar si anak kekal bersemangat dan dalam masa yang sama tidak melahirkan anak yang sombong?
Foto: Carian google
Sorang netizen, Badariah Ismail berkongsi tips untuk memuji anak dengan cara betul dan berkesan. Hasilnya pujian itu akan mendorong kepada kebaikan dan bukannya membawa kepada keburukan.
1. Puji PERBUATAN anak, bukan orangnya
2. Sebut kesan perbuatan baik itu
3. Pujian terus diberi saat perbuatan baik dilakukan
4. Pujian diberi dengan spesifik, lebih khusus lebih berkesan
5. Pujian sentiasa dikaitkan dengan Allah/hari akhirat agar melatih ikhlas dan ihsan
6. Pujian jujur dari hati, jangan dibuat-buat
Anda boleh baca keseluruhan perkongsian yang diberikan netizen ini.
Semoga ia dapat memberi ilmu baru buat mereka yang bergelar ibu bapa di luar sana. Pujian yang baik mampu membuatkan anak bertambah baik dan merendah diri mereka. Dan bukannya sebaliknya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bagus tips ni. mmg terbaik nak didik anak cari macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
puji berpada-pada, marah pun berpada-pada |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan org hari ni langsung x tegur anak.. dtg rmh org buat mcm rumah sendiri, panjat sana panjat sini. lompat2 atas sofa. lps minum gelas tgal merata. buang air x flush, kaki x basuh kua toilet. baju buang merata sana sini.
dh kalau itu pun x leh tegur anak, lagi ko nk puji anak? ak geram btl spesies buat derk je anak nakal kat rmh org. bukan nk larang anak, lagi ckp "anak aku baik bla bla bla..:" |
|
|
|
|
|
|
|
setuju.
mak bapak sekarang ni ramai bebal spesis takde tamadun.
meluat aku tengok anak2 orang ni ramai yang perangai seropa monyet.
tapi aku kagum dengan budak2 yang well mannered.
secara otomatik aku rasa nak kenal rupa parents dia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|