Ekoran kes anggota polis maut selepas terjun bangunan kerana dipercayai cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), seorang netizen bertindak memuat naik luahan tidak puas hatinya di laman sosial Facebook.
Sumber foto: mStar Online
Menerusi status itu, netizen berkenaan menyatakan dia tidak bersetuju dengan tindakan JAIS menyerbu kediaman yang dipercayai dihuni pasangan bukan suami isteri.
Dalam masa sama, netizen berkenaan juga mempertikaikan tugas JAIS membanteras kegiatan maksiat. Selain itu, netizen itu juga menganggap JAIS 'berlagak' seperti TUHAN kerana 'menceroboh' ke dalam kehidupan peribadi masyarakat sehingga menyebabkan kematian anggota polis terbabit.
Perkongsian luahan hati netizen itu mendapat perhatian daripada netizen lain yang kebanyakannya menyokong bahawa JAIS bersalah dan patut bertanggungjawab ke atas kes berkenaan.
Sumber foto: Facebook
Boleh ya, biarkan orang yang melakukan kesalahan terutama maksiat tanpa dikenakan tindakan undang-undang? Bagaimana agaknya kalau saudara atau kenalan netizen berkenaan dirogol pihak tertentu, adakah dia akan berserah dan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pesalah? - CARI |