CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8803|Reply: 78

Bangga! Pistol Pertama Buatan Malaysia Bakal Di Pasaran

[Copy link]
Post time 6-12-2016 06:29 PM | Show all posts |Read mode


Malaysia kini mengorak selangkah ke hadapan dalam industri pertahanan apabila menjadi antara salah sebuah negara pengeluar pistol buatan sendiri.


Pistol semi automatik yang merupakan pistol pertama buatan Malaysia bakal berada dipasaran tidak lama lagi (mungkin Disember ini) apabila sebuah syarikat, Aegis Malinnov Sdn Bhd memperkenalkan pistol buatan mereka April lalu.


Tan Sri Hashim Meon yang merupakan pengerusi Aegis Malinnov Sdn Bhd, memberitahu bahawa syarikat itu telah mendapat kelulusan (lesen) untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ke fasa seterusnya iaitu mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).







Pistol seberat 830 gram berkualiti dan dikatakan setaraf dengan pistol-pistol yang ada di pasaran antarabangsa. Proses pembuatan pistol ini mengambil masa selama 5 hingga 6 tahun untuk dihasilkan untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan syarikat itu untuk menghasilkan pistol yang menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran.


Kebanyakan anggota pasukan R&D untuk pembuatan pistol ini mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas.





Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan:

Barrel length: 119.1 mm
Weight: 830gm
Caliber: 9MM
Overall length: 210mm
Height: 139.1mm
Width: 35mm
Magazine capacity: 16
Action: Double Action



Dengan adanya kemahiran dalam menghasilkan pistol buatan sendiri oleh anak tempatan, pasti ramai yang mengharapkan perkembangan dalam industri pertahanan dan keselamatan negara akan terus berkembang pesat seiring negara-negara kuasa besar yang lain.


Jika hari ini anak tempatan sudah mampu menghasilkan pistol pertama buatan Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga mampu menghasilkan jet pejuang, helikopter tempur atau kapal selam sendiri.  Malaysia Boleh!!! - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2016 06:40 PM | Show all posts
kat luar sana dah bermacam jenis pistol n revolver..
apa beza ngan yg ini sampai kena R&D 5 tahun? apa yg spesel?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 06:42 PM | Show all posts

indon dah lama ada pistol buatan sendiri kalau tak silap. ke sniper rifle
mesti indon2 senyum sinis je baca berita ni  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 06:44 PM | Show all posts
Jd berapa harga sebutir sepitol ni. Camna nak order. Maka akn berbanggalah bila kejadian jenayah jg akn turut meningkat apabila sepitol dh boleh beli dipasaran tempatan. Adakah slps ini lesen senjataapi akn lebeh mudah didapati. Lebeh baik industri senjata ini hanya utk pasaran pertahanan dan penguatkuasa undang2 shj. Irang awam x pyhla nk senang2 beli. Nnti jd mcm Selatan Thailand plk. Skrg pun dh mula bnyk kes rompakan dan pembunuhan guna senjataapi. Siket2 x puashati bang beng boom
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh laa kayuh pelan2 daripada langsung takda...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 06:49 PM | Show all posts


Kalau indon ada PINDAD.. malaysia kini ada MALINNOV



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2016 06:52 PM | Show all posts
macam mana kita nak bersaing dengan negara lain, tak usah lah nak bersaing dengan kuasa besar, dengan negara Thailand dan Indonesia pun dah cukup, mereka dah lama menghasilkan senjata api.  Lagipun bagi saya langkah kerajaan membenarkan pembuatan senjata api sememangnya suatu tindakan menggali kubur untuk rakyat tempatan ke arah negara kita menjadi lebih porak peranda. Ini kerana kalau tiada perang, maka tiada lah business untuk pengeluar senjata api. Negara kita kan selalu mengutamakan keamanan, jadi macam mana nak aman kalau kita sendiri pun menghasilkan senjata api. Terus terang saya cukup bimbang dengan berita ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 06:53 PM | Show all posts
shark replied at 6-12-2016 06:42 PM
indon dah lama ada pistol buatan sendiri kalau tak silap. ke sniper rifle
mesti indon2 senyum sin ...

iye senyum sinis je hahahahahahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2016 07:01 PM | Show all posts
Inilah org malaysia...suka sgt merendah2xkn pencapaian bangsa sendiri. Your attitude is disgusting...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 6-12-2016 07:12 PM
giver replied at 6-12-2016 06:53 PM
iye senyum sinis je hahahahahahaaa


Omm, masuk koran dunia,ini baru beneran buatan Malon, indon mah taunya under licence doank  


Maláj pisztoly: Mallinov M1P


Egy 2012-ben alakult maláj cég, a Aegis Malinnov Sdn Bhd eddig aknavet
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:05 PM | Show all posts
pyropura replied at 6-12-2016 07:02 PM
Omm, masuk koran dunia,ini baru beneran buatan Malon, indon mah taunya under licence doank    ...

koran apa menda lon link pun tak ada bodoh hahahaahahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tan sri hashim meon.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:07 PM | Show all posts

apa maksud malinnov?. bunyi macam ayat2 rusia jah... kenapa tak letak nama pistol ni dalam bahasa malaysia je..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:08 PM | Show all posts
VITA BERAPI kegemaran #BCP ape cerite...ke dah jadi #aburokok...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lollipop111 replied at 6-12-2016 07:01 PM
Inilah org malaysia...suka sgt merendah2xkn pencapaian bangsa sendiri. Your attitude is disgusting.. ...

Tu bukan org malaysia kak..tu specis indon jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
wnwa05 replied at 6-12-2016 07:07 PM
apa maksud malinnov?. bunyi macam ayat2 rusia jah... kenapa tak letak nama pistol ni dalam bahasa  ...

Malaysian Innovation kut, dalam mencapai Wawasan 2020.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2016 07:10 PM | Show all posts
wnwa05 replied at 6-12-2016 07:07 PM
apa maksud malinnov?. bunyi macam ayat2 rusia jah... kenapa tak letak nama pistol ni dalam bahasa  ...

nak letak nama ape..pemuras 9mm gitu..atau seludang .45ACP

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hodohnyerrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:12 PM | Show all posts
Edited by giver at 6-12-2016 07:13 PM
wnwa05 replied at 6-12-2016 07:07 PM
apa maksud malinnov?. bunyi macam ayat2 rusia jah... kenapa tak letak nama pistol ni dalam bahasa  ...

itu itali punya bukan malaysia

Sementara itu, Pengarah Jualan GT Line, Roberto Giudici berkata, pengeluaran kit penyimpan dari Itali, mengenal pasti wakil tempatan untuk memasarkan produknya di Malaysia.

Ekoran permintaan besar pengguna akhir di Malaysia dan peluasan pengedaran kami di Asia, kami mahu menjalin kejasama dengan rakan pengedar tempatan bagi mengedarkan produk kami dalam pasaran tempatan,” katanya.

Diasaskan pada 1970 di Bologna, Itali, GT Line mengedarkan produk dan penyelesaian kit peralatan jenama GTLine pelbagai jenis beg jenama WOrkLine serta jenama terkini kit penyimpan Explorer

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cetek btol pemikiran kt sini..
Still kna ada lesen dr kdn br boley beli...bukannya senang nk dpt lesen tu...kna ada tapisan keselamatan bagai...
So apa beza sekarang?
Bezanya cuma pilihan utk beli pistol bg yg ada lesen dh bertambah...dulu mybe ada 20 pilihan..now dh jd 21 pilihan..dan mybe..mybe lebih murah skit...pasaran utama adalah eksport..dan polis/atm/ agensi penguatkuasaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.218611 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list