Membuang air kecil seharusnya tidak dipandang enteng oleh semua pihak. Ini kerana tanda disedari terdapat beberapa masalah berkaitan buang air yang sering berlaku di kalangan kita.
Adakah anda memiliki rasa fobia dan tidak selesa untuk membuang air kecil di tandas awam atau pejabat? Juga dikenali dengan nama pee shy atau paruresis membuatkan seseorang tak mampu mengeluarkan kencing ketika berada di luar rumah.
Hanya tandas di rumahnya sahaja yang mampu menjadi 'tempat persinggahan' untuk membuang air. Ternyata ini adalah salah satu gangguan atau masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang.
Lazimnya ia terjadi kerana trauma yang dilalui pada zaman kanak-kanak dan tak kurang juga kepada lelaki yang mengalami masalah prostat.
Foto: Carian google
Untuk mengatasinya, anda boleh mencuba beberapa tips berikut:
1. Percaya dengan naluri anda dan juga berlatih untuk bersikap lebih tenang.
2. Tahan nafas dan ia dapat meningkatkan karbon dioksidan sekaligus mengurangkan tahap stress anda. Ia juga dapat membantu melegakan otot dan akhirnya membantu anda untuk membuang air kecil.
3. Bawa rakan temani anda. Dengan cara ini, ia membantu anda berasa lebih selesa dan yakin bila ingin ke tandas. - CARI
Post time 6-12-2016 11:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hahaha..aku x dpt nk buang air besa kat toilet ofis...tandas awam...mesti tahan or plu blik ke rumah..nasib lh rumah dkt dgn ofis...
Kalau tercirit tu..lain hal....
Kdg2 kat rumah org pun..xleh jugak...
Kat hotel...kursus...hari ketiga baru dpt buang aer besa...
Agak memilih gak tpt semata2 nk buang taik...