CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 1

Sakit Jantung Kekal Penyebab Utama Kematian Di Malaysia

[Copy link]
Post time 6-12-2016 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di kalangan rakyat Malaysia sejak 10 tahun lalu (2005-2014) dengan mencatatkan 13.5 peratus kematian pada 2014.


Bernama melaporkan, baru-baru ini dalam satu kenyataan mengenai perangkaan punca kematian di Malaysia, jabatan tersebut berkata pneumonia pula dikenal pasti sebagai punca kematian kedua tertinggi di negara ini dengan 12 peratus diikuti penyakit serebrovaskular (7.1 peratus), septisemia (6.1 peratus) dan kemalangan jalan raya (5.6 peratus).


Pada 2014, penyakit jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia juga disenarai sebab utama kematian di semua negeri kecuali Kedah, Pahang, Sabah dan Putrajaya.


Kajian menunjukkan bahawa kematian akibat penyakit jantung mencatatkan peratusan tertinggi bagi lelaki dengan 15.2 peratus, manakala pneumonia pula mencatatkan peratusan tertinggi kematian di kalangan wanita pada 13.3 peratus.


Jumlah kematian mengikut jantina pada 2014 menunjukkan 57.6 peratus kematian melibatkan lelaki dan 42.4 peratus wanita.- CARI

sumber foto: 4.bp.blogspot.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2016 12:01 PM | Show all posts
Statistik untuk tahun 2015 (published August 2016) boleh rujuk kepada  Health Facts oleh Health Informatics Centre, MOH. Lebih tepat dan padat.

MOH Health Facts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053336 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list