CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 12

Pilu, Pemain Kelab Chapecoense Sempat Rakam Detik Terakhir Sebelum Terhempas

[Copy link]
Post time 1-12-2016 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Pasti sedih jika kejadian ini berlaku kepada diri sendiri. Melihat kembali foto dan video yang merakamkan detik-detik terakhir anda bersama insan tersayang sebelum pemergian mereka.


Itulah yang terjadi kepada peminat dan beberapa orang ahli pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense, yang terselamat dari nahas kapal terbang baru-baru ini.




Sumber foto: The Wall Street Journal




Sumber foto: Reuters



Sumber foto: BBC News




Pasukan bola sepak Chapecoense antara 77 penumpang berada dalam penerbangan sebelum terhempas kira-kira jam 10.15 pagi, 29 November lalu.


Menurut portal BBC, seramai 71 penumpang maut dalam nahas kapal terbang itu, manakala enam lagi terselamat.


Hanya tiga daripada yang terselamat itu merupakan ahli pasukan bola sepak berkenaan.


Ekoran kejadian itu, kejuaraan diserahkan kepada pasukan malang itu untuk memperingati mereka yang terkorban.


Salah seorang pemain pasukan itu, Filipe Machado, sempat memuat naik video di laman sosial Instagram dan Facebook sebelum pesawat berkenaan terhempas. Sejurus itu, laman Facebook Borneo mengambil kesempatan untuk turut berkongsi video itu dan ia mendapat lebih enam ribu perkongsian pada masa artikel ditulis.





Sumber video: FB Filipe Machado



Pilu hati menonton video yang memaparkan kemesraan mereka sebagai sebuah pasukan dan jelas terpancar kegembiraan di wajah masing-masing kerana berjaya berjaya cipta kejutan apabila melangkah ke final Copa Sudamericana.






Sumber foto: FB Borneo




Sayang sekali, mereka tidak sempat menghadirkan diri ke perlawanan itu, malah itulah detik terakhir mereka dalam hidup ini. Semoga keluarga dan sahabat mangsa tabah megharungi dugaan ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2016 12:50 PM | Show all posts
Takziah le buat semua keluarga dan peminat mereka.  Tiga yg terselamat tu pasti akan rasa amat terpukul dengan kehilangan kawan2 sepasukannya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Filipe tu meninggal gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 04:59 PM | Show all posts
mahal sungguh moment tu. takziah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 05:03 PM | Show all posts
sdih wey...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 05:30 PM | Show all posts
sedihnyaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih laa
Tinggal 3 je dr satu team..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 05:58 PM | Show all posts
miracle sungguh yang terselamat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2016 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 pernah jadi kes cam ni.. sebab tu liga besar, diorang tak naik flight semua sekali.. asing2.. takut kalau terhempas, semua team mati
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 09:07 PM | Show all posts
Tak dapat tengok pun video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah buat mereka...

emm trauma kot yg terselamat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 06:43 AM | Show all posts
dah keluar ke nama siapa yg terselamat?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 06:56 AM | Show all posts
Sure punya 6 orang yang terselamat tu lepasni trauma taknak naik flight lagi dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia.No 1 Singapore Airlines
YgBenarKru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf An
Views : 7422 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 294816 Replies : 7326
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9315 Replies : 22
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78827 Replies : 3284
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10052 Replies : 82
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13329 Replies : 104
Bob Marley, One Love (2024)
maklukpenggodaBob Marley, One Love (2024)
Views : 6194 Replies : 2
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106877 Replies : 2928
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 12550 Replies : 167
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 17685 Replies : 147

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.481061 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list