Anda melalui hari yang buruk? Terlalu 'stress' sehingga anda rasa mahu menjerit? Cuba bertenang, tarik nafas, lakukan senaman atau ambil udara segar.
Atau anda boleh mendengar lagu kegemaran untuk menenangkan fikiran. Tahukah anda mendengar lagu itu, secara saintifiknya mampu mengurangkan kadar tekanan anda sebanyak 65 peratus.
Sumber foto: Carian Google
Betulkah? Sekumpulan pengkaji di Mindlab International mendapati orang yang mendengar sebuah lagu berjudul 'Weightless' dendangan kumpulan Marconi Union, mengalami penurunan kadar tekanan sebanyak 65 peratus.
Apa yang lebih hebat adalah, lagu itu memang dicipta untuk mengurangkan kadar tekanan pendengar. Kumpulan Marconi Union bekerjasama dengan ahli terapi bunyi ketika menghasilkan lagu itu. Mereka menyusun muzik dan rentak lagu sehingga mereka percaya ia dapat membantu menurunkan kadar degupan jantung pendengar. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tekanan darah serta pengeluaran hormon kortisol.
Sumber video: Youtube
Jadi, sebelum anda 'meletup' kerana terlalu tertekan dengan masalah dihadapi, bolehlah anda cuba mendengar lagu ini ya.
Jom cuba dengar dan lihat sejauh mana kebenaran fakta itu. Adakah ia betul-betul berkesan dalam mengurangkan stress kita, atau hanya auta semata. - CARI |