Mengemas rumah memang memenatkan. Lebih 'stress' apabila mahu memastikan ia kemas dan sentiasa bersih. Sudah la memakan masa dan tenaga, malah duit juga banyak dihabiskan untuk membeli alat dan bahan pencuci.
Jadi, apa kata kita tengok 6 kaedah ini yang gerenti akan menjimatkan masa dan duit anda. Tak perlu lagi anda bersusah payah berhabis duit dengan membeli produk mencuci. Kaedah dan teknik ini akan bantu anda memastikan rumah bersih dan berseri-seri setiap masa.
Mari lihat apakah kaedah itu!
1. Pencuci bilik air mahal?
Anda boleh membersihkan jubin hanya dengan memanaskan secawan cuka di dalam ketuhar gelombang mikro, kemudian tambahkan secawan sabun cuci pinggan. Campurkan bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam botol penyembur (spray bottle). Sembur bahagian atau kawasan dikehendaki dan biarkan ia semalaman. Selepas itu, lap bersih pada hari berikutnya.
2. Bulu kucing di merata-rata?
Sumber foto: Carian Google
Rimas dengan bulu kucing yang melekat di merata tempat? Lupakan vakum, ucapkan hello kepada alat penyeka getah (squeegee). Ia lebih efektif dan mudah.
3. Wayar dan kabel berselirat?
Sumber foto: http://www.diyphotography.net
Guna semula gelung tisu, kerajang aluminium dan plastic wrap untuk menyimpan wayar dan kabel.
4. Ketuhar gelombang mikro kotor?
Panaskan semangkuk penuh cuka selama beberapa minit. Wap yang terhasil akan membantu menghakis kotoran makanan di dalam ketuhar itu.
Jika tiada cuka, pakai jus lemon dan ditambah air pun boleh. Tapi disarankan guna cuka je sebab harganya lebih murah.
5. Berus gigi buruk? Jangan dibuang!
Simpan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan alat menyental. Berus gigi ini sangat elok untuk membersihkan ruang yang kecil dan sempit, seperti di sekitar tab mandi, sekeliling kepala paip atau mana-mana kawasan yang susah dicapai.
6. Kuali hangus dan berkarat?
Sumber foto: Carian Google
Jangan risau. Anda boleh kembalikannya seperti asal. Tuang hidrogen peroksida ke dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan dua sudu soda bikarbonat atau baking soda dan rendam semalaman.
Esoknya, bolehlah anda sental kuali itu. Mudah je tanggal kerak-kerak pada kuali itu.
Bagaimana, mudah saja kan? Sebenarnya banyak lagi kaedah boleh digunakan yang menjimatkan, cuma kita perlu rajin mencari dan mengkaji. Selamat mencuba. - CARI |