Sumber Foto: FB Mohd Rasidi Rahim
Pelbagai cara digunakan orang sekarang untuk mencari rezeki dan sesuap nasi, tidak kira menjadi 'runner' atau menjual burger di tepi jalan.
Semuanya dilakukan semata-mata untuk menambah wang pendapatan dan memperbaiki taraf hidup masing-masing.
Ini pula kisah seorang penjual burger di tepi jalan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Rasidi Rahim.
Sumber Foto: FB Mohd Rasidi Rahim
Menurutnya, lelaki penjual burger yang ditemuinya itu sangat bersopan dan tidak pernah lekang dari mulutnya dengan ucapan yang baik-baik.
Setiap kali ada orang yang membeli burger di gerainya, pasti dia akan meletakkan tangan ke dada dan mengucapkan 'Alhamdullillah'.
Tulis Rasidi, "Secara tak langsung menunjukkan sikap dia amat menghargai setiap rezeki yang diperolehi. Mulai saat itulah aku nk cuba support dia, burger dia sedap lain macam, mungkin dia buat dengan hati."
Rupa-rupanya, lelaki penjual burger itu mempunyai ijazah dalam kejuruteraan dari Malaysian France Institute (MFI).
Dia sanggup berhenti kerja di Puchong dan menolak tawaran kerja hebat semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit kanser.
"Anak yang soleh, jangan takut aim, niat kau demi mak, ALLAH akan bukakan laluan yg luas untuk kau nanti..."
Ramai netizen yang pernah bertemu dengan pemuda penjual burger ini memberikan kata-kata pujian terhadapnya. Tak kurang juga yang turut mendoakan supaya segala urusan menjaga bonda tercinta dipermudahkan.
Sumber Foto: FB Mohd Rasidi Rahim
Buat pengetahuan, gerainya terletak di depan Pasar Borong Peserai, Batu Pahat Johor dan dibuka setiap hari kecuali Khamis dari pukul 6 petang sehingga lewat malam.
Bagus akhlak pemuda ini yang sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki pemberian Tuhan. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan contoh orang di luar sana, ya? -CARI |