CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4180|Reply: 11

Park Bo Gum - 'Love In The Moonlight'

[Copy link]
Post time 28-11-2016 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nzhass79 at 2-5-2017 09:24 AM

Peminat kpop drama mesti tahu drama Love In The Moonlight. So, iolls juz nak tepek beberapa pic Park Bo Gum yg fenomena teww utk tontonan semua.















Ada banyak pic menarik & gif images Park Bo Gum kat link nie >> Park Bo Gum Hottest Pic 2016
Ioolls nak tepek semua tenet slow. jadi boleh la ke link atas ya utk more pics >> Park Bo Gum Hottest Pic




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu ada terbaca meet and greet park bo gum nih.  Tiket kalahkan tengok konsert.  Mahal nak mamps.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 04:03 PM | Show all posts

Hadir Untuk Asia Tour, Park Bo Gum Jatuh Hati Dengan Malaysia

Foto: IG Parkbogum


Siapa penggemar drama dari Korea Selatan pasti nama Park Bo Gum sudah tidak asing lagi didengar.


Seorang pelakon muda yang berbakat besar dan popular dengan lakonannnya dalam siri drama Moonlight Drawn By Clouds atau Love In The Moonlight.


Foto: Kmania


Tidak hairanlah semasa kunjungannya ke Malaysia baru-baru ini, tidak kurang dari 500 orang peminat menyambut kedatangannya untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktor pujaan mereka.


Park Bogum pernah dinobatkan sebagai 'Best Supporting Actor' dalam 29th KBS Drama Awards tahun 2015, serta menggondol anugerah 'tvN Asia Award' semasa 'tvN10 Awards' menerusi drama Reply 1988.


Foto: IG Parkbogum


Dalam sebuah temubual eksklusif oleh Kmania, Pak Bo Gum ditanya tentang tempat menarik yang inigin dilawatinya di Malaysia.


"Disebabkan saya tiba agak lewat malam semalam, saya cuma sempat dibawa untuk melihat sekali imbas Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dan menara berkembar KLCC. Jika diberi kesempatan, saya juga ingin membuat lawatan ke sekitar Melaka serta Jalan Alor untuk mencuba makanan tempatan seperti sate."


Sudah menempa nama dan berjaya sebagai seoang pelakon, penyanyi, pengacara dan model, Park Bo Gum sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang DJ radio, bukan sahaja di Korea malah mahu mencuba ke seluruh rantau Asia.


Ditanya tentang kehidupan seharian, aktor ini ketawa sedikit sebelum mengatakan, "Saya hanya menjalani kehidupan yang biasa seperti orang lain, seperti seorang pelajar terutamanya. Saya juga akan memastikan saya sentiasa bersikap optimistik."

Foto: IG Parkbogum


Menyentuh tentang perkembangan seninya, buat masa ini dia memberikan lebih tumpuan untuk menamatkan jadual Asia Tour yang bakal berlangsung sehingga Mac 2017.


Jelajah Asia Park Bo Gum bagi sesi bertemu peminat bermula di Kuala Lumpur sebagai 'pit stop' pertama sebelum meneruskannya ke Hong Kong pada 17hb Disember.


Siri jelajah ini dijangka akan diteruskan pada tahun 2017 ke bandar-bandar utama Asia yang lain seperti Jakarta, Taipei, Tokyo, Bangkok dan Singapura sebelum sesi penutup di tanah kelahiran beliau, Seoul. -CARI

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Common thing la kan retis luar ckp dia suka negara yg dia lawat tu.. Lain la kalo dia nk stay terus..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
xkan nak cakap x suka kot..dah dtg pun nak promote diri siapa nak dtg tour dia kalau cakap msia kotor bla bla bla..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 05:37 PM | Show all posts
hai park bo gum. comeynyaaa senyum #bukanpeminatkpop tp mmg comel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2016 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik mcm bunga... tu first thought iols masa tgk first scene dia dlm love in the moonlight...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
@dauswq ke tulis artikel ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2016 07:30 PM | Show all posts

eh bukanlah
adelah sorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols mmg comel
Pnh tergoda dolu tp memandangkn heols muka mcm hadek
Lupakan hahahahhahaahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 09:24 AM | Show all posts
thread up......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 01:15 AM | Show all posts
memang comel la bogum ni.. tapi bila tengok dia dlm variety atau fancam, rasa alahaiii mudanya.. rasa mcm tak sesuai nak minat lebih2 sebab rasa terlalu budak dlm drama takpe..

btw bogum ada instagram tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069954 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list