Sumber Foto: IG Wawa Zainal
Mengejutkan apabila ada sumber yang mengatakan rumah tangga pasangan yang diibaratkan seperti pinang dibelah dua ini sedang bergolak.
Semuanya gara-gara Aeril Zafrel yang dikatakan sedang bercinta dengan pelakon cantik, Ummi Nazeera.
Biar betul? Walaupun tidak pasti dengan kesahihan cerita ini, hubungan Wawa Zainal dikatakan dilanda badai ketika suaminya itu berlakon dalam drama rantaian popular, Patahnya Sebelah Sayap.
Sumber Foto: IG Aeril Zafril
Menurut Harian Metro, Wawa dikatakan cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan Aeril dan Ummi dalam drama itu.
Malah ada juga mendakwa yang hubungan mesra antara dua pelakon itu agak berlebih-lebihan dan disebabkan itulah timbulnya isu pergaduhan dan bermasam muka antara suami isteri tersebut.
Percutian mereka sekeluarga ke Korea baru-baru ini pun dikatakan kerana Aeril ingin memujuk dan mengambil semula hati isterinya itu.
Sumber Foto: Akhbar Berita Harian
Harap-harap masalah ini tidak serius la ya, jangan pula membawa kepada kes penceraian antara artis lagi. -CARI
Sumber Fot: IG Wawa Zainal dan IG Aeril Zafril
|