Benarkah ubat gigi boleh digunakan untuk mengubati dan mengecutkan jerawat dengan pantas? Selama ini banyak perkongsian yang menyarankan penggunaan ubat gigi ini.
Namun, sebenarnya adakah ia sebuah fakta atau auta? Memetik laman The Huffington Post, terdapat dua orang pakar kulit dari New York yang membicarakan hal ini.
"Ubat gigi memang mengandungi bahan tertentu termasuklah baking soda, hidrogen peroksida, alkohol, mentol, minyak essential dan sebagainya. Gabungan ini ternyata memang mampu mengeringkan jerawat dengan cepat," jelas Dr Schultz.
Namun, seorang lagi pakar, Dr Baxt berkata ubat gigi ini memberi kesan sampingan kepada kulit. Bahan-bahan dalam ubat gigi tidak sesuai diletakkan pada kulit semalaman atau jangka masa panjang.
Ini boleh boleh mendorong kepada iritasi kulit, kemerahan dan juga membuat kulit mengelupas.
Katanya, memang ubat gigi dibuat untuk gigi dan bukannya kecantikan kulit. Oleh itu, tiada salahnya mengaplikasi petua ubat gigi pada jerawat.
Namun, jangan dibiarkan ia terlalu lama pada kulit dan pastikan anda sentiasa berhati-hati sebelum memapakai apa jua rawatan pada kulit anda. - CARI
kenapa tak terus mendapatkan cream sapuan yang betul dan prescription daripada doktor?
lebih selamat begitu.
i mean i tak second lah dok picit, or guna bhn bhn lain.
kalau nak treatment pi jumpa doktor
firsline usually cream if not kebah
dia bagi oral antibiotic , if tak berkesan lebih mahal anti
if nak best - dan ini bergantung hanya pada NASIHAT PAKAR KULIT - roaccutane - yups ...mahal but jgn pregnant 0-4 bulan pertama, liver kena elok etc - ni HANYA PAKAR je prescribed.