Walaupun empat tahun sudah berlalu sejak filem terakhirnya, peminat filem bersiri Twilight yang diadaptasi dari sebuah novel karya Stephenie Meyer nampaknya masih tidak dapat melupakan percintaan romantis antara Edward Cullen dan Bella Swan.
Perkara ini terbukti apabila beberapa barangan terbabit dengan penggambaran filem itu terjual dengan harga tinggi dalam sebuah acara bidaan.
Dalam acara lelong yang diadakan pada 19 hingga 20 November lalu di TCL Chinese Theatre, Amerika Syarikat, lebih 900 barangan seperti kostum dan aksesori yang pernah digunakan dalam penggambaran film fantasi itu berjaya dilelong.
Yang paling mengujakan adalah apabila cincin tunang Bella Swan yang dilakonkan Kristen Stewart terjual pada harga bidaan tertinggi iaitu RM 74,633.
Sumber foto: Summit Entertainment
Antara barangan lain turut dilelong adalah jurnal Edward yang dilepaskan pada harga bidaan RM 34,651, manakala kostum yang dikenakan Bella pada hari pertamanya bersekolah selepas berpindah ke kota Forks, dilelong pada harga RM 37,316.
Lebih 1000 orang menyertai dalam acara itu termasuk yang menawar bidaan secara online.
Wah, ini peminat fanatik namanya sampai sanggup habiskan beribu-ribu hanya untuk memiliki barang yang pernah digunakan dalam filem fantasi itu. Bagaimana dengan anda, sanggup tak? - CARI |