Sumber Foto: IG Shahid Kapoor, IG Kareena Kapoor
Hubungan dingin di antara Kareena Kapoor dan Shahid Kapoor nampaknya sudah benar-benar berakhir. Bekas pasangan kekasih itu tidak lagi bermusuh dan melemparkan kata-kata kesat terhadap satu sama lain lagi.
Sekarang, mereka sudah memuji sesama sendiri malah mendoakan kesejahteraan diri antara satu sama lain. Shahid juga mengaku sangat bahagia melihat bekas kekasihnya itu yang kelihatan sangat cantik ketika hamil.
"Ya, saya sempat menemui Kareena. Saya sangat bahagia melihatnya perutnya yang besar. Saya sudah ada pengalaman ada bayi, jadi kami bersembang mengenainya," katanya kepada Pinkvilla.
Sumber Foto: Shahid Kapoor
Shahid dikatakan bersembang lama dengan Kareena ketika bertemu dengannya dalam sebuah majlis anugerah di Mumbai.
Sebelum ini, hubungan dingin antara mereka tercetus kerana Kareena meninggalkan Shahid begitu sahaja selepas bertemu dengan Saif Ali Khan.
Disebabkan itu, aktor Bollywood itu telah melontarkan kata-kata kasar terhadap Kareena. Namun, sekarang mereka sudah sama-sama bahagia dengan pasangan dan kehidupan masing-masing. Shahid juga baru dikurniakan anak pertama Ogos lalu.
Sumber Foto: IG Kareena Kapoor
Senang hati bila dengar bekas pasangan kekasih tidak lagi bermusuh. Ada yang pernah melalui pengalaman macam ni juga ke? -CARI |