CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10562|Reply: 55

"Bodoh Seh Tajuk Merepek ", Netizen Luah Rasa Meluat Pada Drama Melayu

[Copy link]
Post time 24-11-2016 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: Facebook



"Bodoh sehh tajuk diaa. Adoi, kemon laa drama melayu bila nak maju asyik cinta jee..." Itu adalah antara ribuan komen netizen tentang kemunculan drama terbaru dalam slot Iris di TV3


Nampaknya drama yang berjudul Love You Mr Arang ini menjadi buah mulut dan kecaman netizen disebabkan tajuknya yang kelihatan murahan dan merepek, tidak jauh dari drama-drama sebelum ini.


Rata-rata meluahkan rasa meluat mereka kerana produser drama tempatan seolah-olah sudah kekeringan idea untuk menghasilkan naskhah yang berkualiti.






Malah, mereka juga dapat menjangkakan jalan ceritanya yang asyik-asyik tentang keluarga kaya, anak Datuk, pasangan yang dipaksa kahwin serta plot yang melibatkan banyak adegan cinta atau babak rogol.


Paling teruk, kebanyakan drama tempatan dikatakan sebagai sampah dan tidak memberikan apa-apa impak yang positif kepada penonton. Sebaliknya ia hanyalah sebuah cerita yang membuang masa, mengarut dan merosakkan minda generasi muda yang menontonnya.







Apa yang pasti, negara kita sebenarnya ketandusan drama yang mentingkap realiti sosial masyarakat.


Tambah memalukan, stesen televisyen hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan boleh dilihat kebanyakan drama sekarang diadaptasi dari novel yang boleh dianggap 'tangkap muat' sahaja.


Sumber Foto: Facebook


Sampai bila agaknya pengarah, penerbit atau penulis dapat meninggalkan skrip yang sudah lapuk dan jumud macam ni ya? -CARI














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 04:09 PM | Show all posts
like they care...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 04:15 PM | Show all posts
yang paling tak bestnye asik-asik rumah mewah kereta mewah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 04:20 PM | Show all posts
Jgn korg sentuh citer pebret sy "Cinta masam manis"
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mampu gelak saja la...
pkul 7 pi semayang ka,dinner ka,tolong anak buat homework ka lagi pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 04:29 PM | Show all posts
semua judul tahi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2016 04:44 PM | Show all posts
Sekadar hiburan santai-santai..tak perlu expect more. Untuk cerita berwatak berat, emosional & berpekdah, sila nonton rtm jah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 05:15 PM | Show all posts
penonton malaysia perasan cerdik nak cerita yg hebat, teknikal, high tech. kalau buat pon haram nk tengok.. kena komplen dgn pakar segera adalah. Cerita kat tv1 tu lagi berat ada tema alam sekitar, masyarakat madani, extremist agama.. sendu jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bising pon tak guna. Balik2 layan tu juga set2 ni. Rtm punya yang sarat mesej pengajaran dipandang sendu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 05:59 PM | Show all posts
sis layan drama melayu sebab nak kutuk je. sambil tgok sambil kutuk pelakon n ketidaklogikan jalan dramanya ituu. hikhiks
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakkan sekarang drama plot sama je kan..dah naik bosan tengok tp kalau tak tgk tv nak tgk apa lagi..dah la kat rumah takde astro, blk keja ngadap je la semua tu sambil kutuk2 pengarah..hihiks
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lemau anak bangsa. Xde ke tayangan tv yang lebih berinfomatif?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 08:06 PM | Show all posts
lama dah tak tgk cite kul 7. mmg tak best ar..balik2 kne paksa kahwin, hero pny la jahat playboy, tu yg dikejar2kan etc. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk gila cter best kt itv kt tv1 dgn tv2
X cliche
Tp ttp dipandang sepi

kesimpulan:
JANGAN CAKAP BANYAK
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama meleis skang mmg ngok esp kt tv3 tu
Nak bercakap pun dlm drama pun terjerit2 mcm le org pekak
Tu blom lg dgn dialog2 bodoh as scriptwriter mmg stok2 low class
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 12:30 AM | Show all posts
pot calling the kettle kah?
macam melodi slogan kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi katanyer...
tapi content highlight kontroversi.. walopon retisnya iols tak kenal... pelakon drama jam 7 ni maybe
macam mana azwana alia nak tingkatkan prestasi gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2016 01:28 AM | Show all posts
baik korg layan drama korea yg latest2 best gilaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 02:32 AM | Show all posts
muka hero mr arang tu lepas pulak belakon drama tv3 suku. ritu ada pelakon muka x berapa nak siap merintih x lps masuk tv3 suku
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:36 AM | Show all posts
mr arang tuh sesuai yang berlakon mr arrogant tuh la....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 09:35 AM | Show all posts
nak buat mcmana.. silap penonton tgk... stesen tv ni tgk la siapa yg selalu dpt job..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.616685 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list