Susulan kes buang bayi lelaki di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati tempoh hari, pihak polis sedang mengesan individu disyaki terbabit dalam kes itu.
Sumber foto: Malay Mail Online
Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk memaklumkannya kepada pihak polis.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak membuang kanak-kanak berumur kurang daripada dua belas tahun," katanya.
Isnin lalu, ACP Hamzah memaklumkan pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam yang menjumpai bayi berkenaan di hadapan masjid itu pada jam 8.23 malam.
"Anggota Unit Rondaan Bermotosikal kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati seorang bayi lelaki dalam keadaan baik di dalam sebuah kotak," katanya.
Sumber foto: Sinar Harian
Hasil pemeriksaan, pihak polis menemukan sekeping nota di dalam kotak bersama bayi tersebut.
Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. - CARI |