CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2915|Reply: 11

Kau Juallah Apa Jua Dek, Tapi Bukan Tubuh Kau!

[Copy link]
Post time 24-11-2016 11:45 AM | Show all posts |Read mode


Banyak juga tips kewangan yang diberikan dari kalangan netizen di laman sosial untuk membantu mereka yang lain ketika zaman yang disebut kegawatan ekonomi sedang melanda.


Namun, sejauh mana praktikal dan efisien cadangan serta tips yang diberikan? Adakah ia benar-benar dapat membantu dan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.


Kata orang, tak perlu cakap 'berdegang-degang' tapi hasilnya tiada. Ada juga yang berkata 'bercakap memang senang, tapi nak buatnya, susah bukan main.'


Namun, tips yang satu ini dilihat begitu praktikal untuk diamalkan. Ditulis dengan ringkas, mudah faham namun padat dengan informasi serta kesannya kepada ekonomi seseorang.


"ergi bank, jumpa dengan pegawai. Cakap terus-terang yang kita memang tak mampu nak bayar jumlah ansuran kereta/rumah sedia ada. In Shaa Allah bank akan bantu bagi option. Yang penting, merendah diri."

Gambar hiasan. Foto: Carian google


"Tukarkan outstanding kad kredit kepada pinjaman peribadi. Interest lagi rendah. Jangan ada kad kredit lagi. Kang tambah hutang lagi," itu antara yang dikongsikan oleh netizen bernama Rashida ini.


Dia juga sempat berseloroh, juallah apa sahaja untuk menambah pendapatan, cuma jangan sampai menjual tubuh. Sengaja agar penulisannya tidaklah terlalu sarat dan membuatkan otak pembaca berserabut.


"Jual apa yang patut asalkan jangan jual tubuh. Dulu saya jual rendang, jual kuih cik Mek molek dan lain-lain. Sebelum saya mula bisnes di ebay.com."


Nah, anda boleh baca keseluruhan 8 tips berguna dan penting, praktikal untuk diamalkan di kala mencari ruang untuk berjimat dan mengawal ekonomi diri sendiri.






Kesimpulannya, bukan sukar dan bukannya terlalu mudah untuk hidup pada zaman serba mencabar ini. Namun, yang lebih mencabar dan menduga ialah mengubah sikap kita, setuju? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 03:32 PM | Show all posts
setuju..hutang kredit kad yg byk buat org sangkut smpi bankrupsi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 04:13 PM | Show all posts
setuju dgn pendapat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 04:31 PM | Show all posts
jangan jual tahi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 04:34 PM | Show all posts
Kita perlu positif mcmm nh...ini klu asek nk complain memanjang, smpi bila pon x selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:02 PM | Show all posts
sebut pasal duit.sis xda duit.hadoiyaii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2016 12:07 AM | Show all posts
Betullah tu nasihatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 01:50 AM | Show all posts
Jual nasi lemak. Tapi taruk kacang tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2016 08:47 AM | Show all posts
kornea replied at 25-11-2016 01:50 AM
Jual nasi lemak. Tapi taruk kacang tau

ikan bilis pon letak jugak..
takde ikan bilis xsedap nasi lemak..
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 11:35 AM | Show all posts
ayat sama plak cam aku kata kat adik aku "ko nak cari duit, apa2 pun asal jgn jual tubuh".. ni SPM dah nak habis, tka tau dia nak niaga ke atau keje kat fast food
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 03:20 PM | Show all posts
ok. bulan 12 da boleh buat bisnes bahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 01:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.252036 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list