Sumber Foto: IG Johan Nawawi
Isu dan kontroversi yang melanda peserta Gegar Vaganza 3, Nora Ariffin sebelum ini nampaknya menjadi semakin serius apabila suami penyanyi ini, Johan Nawawi sudah mula masuk campur.
Johan yang juga seorang komposer bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial yang memfitnah dirinya dan isteri.
Dia juga sudah mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berhubung perkara itu.
Sumber Foto: IG Johan Nawawi
"Saya sudah membuat beberapa paparan skrin akaun pengguna laman sosial beserta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya perkara itu mengganggu ketenteraman kami sekeluarga," katanya kepada Harian Metro.
Walaupun sebelum ini dia hanya mendiamkan diri, namun perkara ini sudah melampaui batasan sehingga menjadi fitnah dan dia tidak akan teragak-agak lagi untuk membuat laporan polis.
Sebelum ini, Nora telah menukar lagu genre dangdut kepada rock dan segelintir pihak bertambah marah apabila Nora diberikan tugasan menyanyikan lagu sendiri berjudul Sandiwara.
Sumber Foto: IG Johan Nawawi
"Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tak ada sebab saya nak berbuat sedemikian. Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Semua itu mengarut," katanya.
Johan juga telah memuat naik status di laman Instagramnya tentang sikap segelintir netizen bersikap kurang ajar dan menyelar tindakan mereka yang seolah-olah tidak sensitif dengan isu sebegini.
Sumber Foto: IG Johan Nawawi
Kasihan Nora dan sekeluarga. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya, ya? -CARI |