CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3273|Reply: 9

[Tempatan] silap serah mayat - hospital pulau pinang

 Close [Copy link]
Post time 23-11-2016 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]



Georgetown: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesal dengan kejadian kesilapan penyerahan mayat lelaki kepada waris keluarga lain di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan HPP mengesahkan perkara berkenaan berlaku dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius mengenai insiden yang berlaku dan pihak JKN dan HPP telah berjumpa dengan waris mangsa bagi memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara berkenaan.
"Pihak kementerian berpendirian bahawa kejadian itu tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital, sama ada hospital kerajaan ataupun swasta.
"Pihak hospital dan Jabatan Forensik sememangnya sudah mempunyai Garis Panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) of Forensic Medicine Service di mana ia telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, tindakan tegas telah diambil terhadap kakitangan yang tidak bertanggungjawab serta tidak mematuhi peraturan serta SOP ini.
Menurutnya, kakitangan terbabit digantung tugas serta akan dihadapkan dengan tindakan tatatertib yang tegas.
Katanya, KKM sudah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak hospital terbabit bagi mengelakkan hal sama daripada berulang.
Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Fong meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dan mayatnya dihantar ke HPP.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 10:22 PM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2016 09:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 09:33 AM | Show all posts
nak buat mcm maner...shit happens
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 09:44 AM | Show all posts
huisy..  aku pun dengar bende ni dlm berita smlm ... hai la... sedih gak .. tp xdengar berita full  pun.. forum ni pun x citer full
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:29 AM | Show all posts
bulan_gerhana replied at 23-11-2016 09:44 AM
huisy..  aku pun dengar bende ni dlm berita smlm ... hai la... sedih gak .. tp xdengar berita full   ...

tu la aku pun x tau citer full, semua dlm bahasa cina, bila gugel translet pun aku x paham


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Adehhh camne lah sampai boleh tersalah, takde counter check dek higher officer ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2016 10:40 AM | Show all posts
Edited by ronapink at 23-11-2016 10:42 AM

http://mforum.cari.com.my/forum. ... 194&fromuid=2230163
thread dah ada

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:48 AM | Show all posts
ronapink replied at 23-11-2016 10:40 AM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 194&fromuid=2230163
thread dah ada

ok sori.. sila delete
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 10:49 AM | Show all posts

biarkan je,

nanti mod datang katup
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 1.642854 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list