View: 2802|Reply: 12
|
company paksa bayar premium insuran yg dah expired
[Copy link]
|
|
Hai semua.
Saya selalu dapat call dari satu syarikat ni meminta bayaran insuran yang saya tak pernah apply dan pakai sepanjang ingatan saya lah. Diorang kata saya ada berhutang insuran dan tanya kalau saya nak teruskan atau batalkan insuran tu. Bila saya kata nak batalkan sebab saya tak tahu apa dan bila saya ambik insuran tu, saya disuruh bayar. Amaunnya ratus2 jugak lah.
Dah tentulah saya tak mau layan. Masalahnya dah bertahun2 saya dapat call suruh bayar insuran yang tah apa benda ni. Seingat saya dapat call dari diorang sejak lebih kurang 5 tahun lalu. Selalunya saya putuskan perbualan sebab malas nak layan claim yg entah apa2 nih. Saya anggap scam jer semua nih.
Tapi tadi saya dapat semacam ugutan pulak kata nak kenakan penalty kepada saya sebab tak bayar hutang yg saya tak tahu menahu nih. Apa lagi anginlah saya, mengamuk dan marah2 operator tu dan saya ugut balik nak report pasal company ni. Pastu tu saya letak telefon.
Selepas berfikir sejenak, saya pun call balik company ni nakkan detail nama company dll tujuan nak kumpul maklumat utk report company nih. Nak report kemana tak tahulah. Mungkin report kepada persatuan pengguna kot. Tapi bila call nak tanya maklumat banyak songeh pulak operator tu. Diorang pass around call saya end up saya putuskan call. Rupa2 tu no. company debt collector. Diorang pas no. saya kepada debt collector.
Korang ada kena macam nih tak? Kalau ada, apa tindakan korang ye? Boleh ker ignore jer? Takut tiba2 datang surat mahkamah kena saman pula.....naya aku tak pasal2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Please be careful. Terlampau banyak scam melalui telefon. Kalau tidak ada persetujuan atau dokumen ditandatangani pihak saudara/saudari maka transaksi tidak wujud. Sila lapor polis dengan nombor telefon yang selalu menghubungi saudara/saudari. Jika perlu failkan harrasment complaint. Jika betul ada transaksi minta pihak itu hantar copy melalui telefon. Jika mereka masih berdalih, maka itu adalah scammers. |
|
|
|
|
|
|
|
zalco replied at 21-11-2016 01:17 PM
Hai semua.
Saya selalu dapat call dari satu syarikat ni meminta bayaran insuran yang saya tak per ...
Scam ni. Jangan layan. Kalau ada kredit kad sila batalkan dan buat baru di bank lain |
|
|
|
|
|
|
|
insurance pun ada hutang ke?
kan kita bayar dulu baru cover..
dah stop bayar, habis la coverage..
mana ada insurance boleh cover dulu bayar kemudian..
ke ko ada hutang apa-apa mcm telco ke last payment tak bayar?
kalau dia call lagi, minta invois yang kata ko tak bayar tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah saya anggap scam jer semua ni. Diorang kata saya ada ambil insurance lepas tu tak boleh batalkan selagi tak bayar. Pelik kan...? Maknanya insurance tu on lah dan diorang keep on charging selagi tak batalkan dan tak boleh batal macam tu sajer kena bayar dulu. What the fish???!
Masalahnya sekarang diorang dah hantar no. hp saya kepada syarikat bill collector pulak. Bill Collector ni yang ugut nak charge penalty selagi tak bayar hutang tu.
Ada ke company insurance yang on insurance kita secara berhutang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Seingat saya takde hutang bill telco semua tu. Diorang dapat nama saya dari kad kredit. Siap tanya saya masih pakai kad kredit ke tak. Tu insurance utk kad kredit tak silap saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mintak company tu send email detail tentang 'hutang' tuan, pastu tepek kt sini.. Barula bole advice.. |
|
|
|
|
|
|
|
So far saya tak pernah terima surat reminder dari company ni. Takde satu pun black and white yg mengatakan saya berhutang dgn diorang selama 5 tahun tu. Semuanya conversation over the phone. Diorang pernah offer pakej percutian percuma kalau saya bersetuju bayar hutang yg dikatakan tertunggak tu.
Mungkin lepas ni kalau diorang call lagi, saya akan mintak detail company nih. Saya takkan call diorang sebab saya pulak yang disuruh bagi detail baru diorang nak reveal nama company diorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat debt collector, jangan layan. Dorg takleh buat apa2. Kalau datang surat saman pun tak payah takut. Kalau tak percaya, google nama company tu dan baca apa yg orang komen. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat debt collector, jangan layan. Dorg takleh buat apa2. Kalau datang surat saman pun tak payah takut. Kalau tak percaya, google nama company tu dan baca apa yg orang komen. |
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa tt ni kena buat report polis cepat2..ini salah satu dari scammer...atau report kat persatuan pengguna....kalau setakat report polis takkan ambik tindakan....kalau melalui persatuan cepat sikit polis ambik tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
Insurance gangster mane leh keluar bhai. Lu dulu gangster kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|