CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3530|Reply: 33

[Tempatan] Denda RM8,000 jual teh O ais RM4

 Close [Copy link]
Post time 21-11-2016 11:24 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU – Hanya kerana ingin cepat untung, seorang pemilik kafe menerima padah apabila didenda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menaikkan harga minuman teh O ais daripada RM2.80 kepada RM4 segelas pada September tahun lalu.

Hakim Adli Abd. Ghalib menjatuhkan hukuman itu terhadap Jessica Choo Kim Lian, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, Jessica didakwa mencatut dalam menjual segelas teh O ais dengan menaikkan harga daripada RM2.80 kepada RM4 di premis Ozarah Cafe, Jalan Tok Hakim di sini pada 29 September 2015.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan. Tertuduh membayar denda tersebut.

Tertuduh didapati gagal mematuhi Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(b), akta sama.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
harap ramai lagi yg tamak ni kena cekop. baru lah berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:45 AM | Show all posts
yang naik cuma harga teh o ais je ke? air air lain?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 11:59 AM | Show all posts
penguatkuasaan macam ni lah yang kita mahukan, cina2 yang meraung di jalanan mahukan penguatkuasaan dilakukan, hujung2 dia sendiri buat jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:06 PM | Show all posts
Dari RM2.80 jadi RM4? Amboi tak beragak nak naikkan harga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 21-11-2016 11:59 AM
penguatkuasaan macam ni lah yang kita mahukan, cina2 yang meraung di jalanan mahukan penguatkuasaan  ...

Syukur saudara nampak.....ramai yg x nmpk benda ni sb depa bg tmpt duduk kt lrt...wa...tetap tidak mudah tertipu...tipah...mudah sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2016 12:29 PM | Show all posts
akusukaq replied at 21-11-2016 11:39 AM
harap ramai lagi yg tamak ni kena cekop. baru lah berkesan

btl tu, nak jual mhl service kne la bagus. Suka-suka je nak buat pencatutan harga
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 21-11-2016 04:06 AM
Dari RM2.80 jadi RM4? Amboi tak beragak nak naikkan harga.

tgk dia boleh bayar denda. caj satu cawan rm4 per kepala per tmpat duduk. kalau kita denda rm8k tu di bahagi ke 12bulan (kita assume dia tiap tiap tahun kena saman)   bermaksud:

sebulan dia perlukan RM 667. kos teh o ais tu let say RM 1

Maka rm4 - rm1 untungbRM 3.

kos denda sebulan bahagi untung th o ais

RM 667 / RM 3 = satu bulan 223 cawan.

223 cawan di bahagi pada 6 hari bekerja

223 / 6 => satu hari perlu jual 38 cawan teh o ais. ini tak bahagi lagi dengan jumlah meja. dan menu menu minuman / makanan lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh,kalau cafe2 skrg yg hrga air coklat smpi rm7..kira ok ke ape?iols ta pham mcm mane yg  cine sekor ni kena cekop?yang lain2 kte boleh  report ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendapatlah berganda dari harga jualan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mh17 replied at 21-11-2016 12:59 PM
Eh,kalau cafe2 skrg yg hrga air coklat smpi rm7..kira ok ke ape?iols ta pham mcm mane yg  cine sekor ...

Boleh. Hantar je aduan,depa investigate
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:26 PM | Show all posts
tp kan, restoran dlm mall tu harga air minum dia boleh tahan mahal jgk. sirap bandung cincau pun dah 6 ringgit setengah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni yg ramai masih keliru....konsep 'kedai' cmner yg boleh jual mahal ni??? Kedai cina ni konsep nya cmner pulok sampai 'kena'? Minta yg pakar pejelaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa RM4 Spidey fikir murah sangat untuk sebuah cafe?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kakitangan kerajaan pun mintak naik gaji, x kan peniaga xleh nk naikan harga
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 03:25 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 21-11-2016 03:19 PM
Kenapa RM4 Spidey fikir murah sangat untuk sebuah cafe?

kan..kafe kot..bayar sewa apa

patutnya kerajaan pun kawal jugak kadar sewa yg melampau2 untuk premis2 nih..kekadang mcm x logik je kadar sewanya ..bukan kah tu pun pengambilan untung yg berlebihan jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 21-11-2016 03:25 PM
kan..kafe kot..bayar sewa apa

patutnya kerajaan pun kawal jugak kadar sewa yg melampau2 untuk p ...

Setuju dengan Saladin, kadang-kala sewa kedai/premis yang melampau mahal yang membuatkan pengusaha restoran atau kafe terpaksa menurunkan kos kepada pengguna.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 03:36 PM | Show all posts
Mahalnya... Persis dibancuh oleh tea seller bermisai tom selleck yg dah jd model sebegituhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 03:39 PM | Show all posts
rm8k...                  

mendapatla
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 04:07 PM | Show all posts
Kota Bahru...haiyaaa, kt sana pon mau mahal kah nyonya. Terdesak sekalipon jgn lah sampai menyusahkan org yg dah mmg susah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052407 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list