CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8433|Reply: 89

[Tempatan] Budak Terjatuh Kereta Ketika Pusingan U, Maut Dirempuh

[Copy link]
Post time 20-11-2016 03:09 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dirempuh sebuah kereta selepas dia terjatuh dari kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya di Jalan Lebuh Cemerlang di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Azizi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Goh Hao Zheng Jayden, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Ketika kejadian pada pukul 8.20 malam Sabtu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U," katanya.

Tambahanya, selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan meninggal dunia di sana," jelas beliau.

Jokhiri memberitahu, mangsa didapati meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian.

- mstar -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kesian nye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu camni kira org blakang yg rempuh tu salah ke cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:26 PM | Show all posts
sepatutnya pintu dikunci dan ditutp rapat.. bukan ke akan ada simbol pintu warna merah kalau tak ditutp rapat.. bhaya budak2 dok tepi pintu..
dulu anak cikgu aku macam tue juga.. tdo dan bersandar kat pintu, jatuh dan kena lggar meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa citer ni, buat u turn pintu terbukak. Child lock kasi la ke ni warga China menetap di negeri Johor yang serba majujaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:42 PM | Show all posts
Lemme guess..mak pakai seat belt utk keselamatan diri dia..anak dipangku tak taulah dipeluk ke tidak...tangan anak atau mak capai door handle so pintu terbukak masa buat u turn,,and u turn tu apak buat laju..tercampak lah anak tu.well no sympathy..at best budak tu dah jadi ahli syurga..dna mak pak ni pasrah salahkan takdir...as usual...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
"selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama."

Masa baca part ni terus kering darah aku..
Menyesal tak sudah masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
"selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama."

Masa baca part ni terus kering darah aku..
Menyesal tak sudah masing2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2016 03:44 PM | Show all posts
selipar_hijau replied at 20-11-2016 03:18 PM
Klu camni kira org blakang yg rempuh tu salah ke cemana?

Apa pulak org yg langgar tu salah..bukan dia yg sebabkan budka tu tercampak keluar..tak sempat break..langgarlah,..jangan pulak mak pak tu nka salahkan org yg langgar anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:54 PM | Show all posts
nour2001 replied at 20-11-2016 03:42 PM
Lemme guess..mak pakai seat belt utk keselamatan diri dia..anak dipangku tak taulah dipeluk ke tidak ...
Tak..

Mangsa / kanak-kanak yang meninggal tu duduk sendirian d tempat penumpang d belakang
pintu tak d tutup dengan betul / tak d kunci
mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:55 PM | Show all posts
biasalaha ujung2 salah elohim...sendiri maksum hokkay.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Menyedihkan. Sepatutnya dapat dielakkan jika parent dia kunci rapat semua pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 04:10 PM | Show all posts
kesiannya baby tu... kalau pintu tak rapat, kan ada bunyi angin
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 04:12 PM | Show all posts
Takziah.
Kereta apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju sangat nak u turn. Drift2 bagai ke? Menyesal tak sudah kalau jadi macam ni. Dont speed, wear safety belt, child seat etc etc. Orang nasihat tak nak percaya, dah jadi macam ni memang tak boleh nak cakap apa lah dah. Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 04:21 PM | Show all posts
malang tidak berbau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2016 04:22 PM | Show all posts
boleh elak jika pakai tempat duduk utk kanak2 tu kan.. tapi benda dah jadi,..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FARRAZOOL at 20-11-2016 06:32 PM

Rip.....   
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 04:47 PM | Show all posts
selalu kalau pintu tak rapat,  lampu dalam akan menyala untuk indicate pintu tak tutup dengan sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ummah kedekut nak belikan anak child seat..
tak pasal-pasal orang lain pulak tanggung akibat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Warga KL paling murung, stress
JoyahMengayahWarga KL paling murung, stress
Views : 7671 Replies : 78
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92729 Replies : 1052
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 19211 Replies : 118
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12457 Replies : 89
Wanita jangan malas menjaga penampilan,kita kena kalahkan pondan –Rozita Che Wan.Anda setuju?
YgBenarWanita jangan malas menjaga penampilan,k
Views : 6704 Replies : 52
YESTANE BUNIAN: Illuminati @ Freemason @ Satanic @ Dehumanization @ Depopulation @ Agendas @ Secrets
tumpanglalu74YESTANE BUNIAN: Illuminati @ Freemason @
Views : 33125 Replies : 229
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 83559 Replies : 176
Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
AbahmungEkonomi dijangka melonjak pada separuh k
Views : 16769 Replies : 4
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 23817 Replies : 10
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 57480 Replies : 86

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.070714 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list