Wanita Berhenti Menggunakan Syampu Setahun, Ini Hasilnya Sangat Mengejutkan
Hasil yang sangat mengejutkan bagi seorang wanita yang bernama Kayleigh Conners ini apabila rambutnya menjadi sangat cantik selepas tidak menggunakan syampu untuk hampir setahun!
Pada awalnya dia mengalami masalah rambut yang sangat teruk dan sudah pun menggunakan pelbagai jenis produk syampu dari yang murah sehinggalah jenama yang sangat mahal.
Dia juga akan membasuh rambutnya selang 3 hari, namun rambutnya tetap berminyak dan kasar sehinggakan dia berasa sangat tertekan dengan keadaan itu.
Selama hampir 5 hingga 6 tahun sering menukar warna rambut, ianya menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada masalah kerosakan rambut yang dihadapi Kayleigh.
Satu hari, wanita ini mendapat penyelesaian yang benar-benar mengubah hidupnya dan ia adalah dengan berhenti menggunakan syampu.
Sebagai alternatif, dia hanya menggunakan serbuk herba yang dicampur dengan Shikakai, iaitu bahan semula jadi yang baik untuk rambut.
Ia terbukti membantu melembutkan serta membersihkan kepala dan Kayleigh juga menggunakan air mawar bagi mewangikan rambutnya.
Sumber Foto: IG Kayleigh Conners
Sejak melakukan rutin tersebut, rambutnya semakin hari semakin pulih, tumbuh dengan cepat dan menjadi sangat lebat.
Kayleigh juga sudah berhenti meluruskan, buat kerinting atau apa-apa sahaja ke atas rambutnya yang boleh menyebabkan keadaan rambut kembali teruk.
Wah, hebat betul cara Kayleigh Conners menjaganya rambutnya. Agak-agak ada tak wanita di luar sana yang mahu mengikut cara yang diamalkan wanita ini? -CARI |