Ewah, ewah! Habis madu, sepah dibuang. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila insan yang disangka kekasih pujaan hati mengkhianati kepercayaan diberi.
Lebih sadis, wanita itu turut menghina dan mengherdik lelaki berkenaan hanya kerana dia tidak sekaya kekasih barunya.
Setelah sekian lama tidak berhubung, lelaki itu meminta penjelasan daripada kekasihnya yang berselingkuh.
Namun, alasan diberikan wanita itu sungguh mengguris hati. Mesejnya dibalas penuh dengan cacian dan penghinaan.
Dengan angkuh dan bongkak, wanita itu akui sudah bertemu kekasih lain yang jauh lebih kaya dan bergaya, malah mampu memberi wang hantaran berjumlah RM 14, 000.
Kisah ini sebenarnya diolah semula daripada pengalaman sebenar yang dialami Admin di sebuah laman sosial di Facebook, iaitu Raksasa.
Admin FB itu bertindak menulis semula perbualan di aplikasi WhatsApp kerana tidak mahu membuka aib sesiapa dengan memviralkan cerita orang lain.
Perkongsian kisah itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati dengan nasib lelaki itu, malah ada juga yang berkongsi kejadian sama menimpa mereka.
Sumber foto: FB Raksasa
Kepada lelaki di luar sana yang mengalami pengalaman seperti ini, diharap bersabar dan teruskan perjuangan hidup anda! - CARI
Plot twist:
Perempuan tu sebenarnya ada penyakit terminal (e.g kanser). Lelaki pandai bergaya, ada kereta yg ketahuan date dgn dia tu sebenarnya doktor dia.
mmg wujud..
anak sedara my fren - lelaki..putus tunang before raya aritu..
alasan si pompuan..sbb si tunang TIDAK SWEET..
dia suka dimanja..si tunang keja kedai makan ngan ayah..sokmo busy
tp duit byk..siap beli kreta utk tunang..ada masa lapang..spend masa ngan tunang..
duit xpernah berkira..
kapel dari skolah lagi kot..
kawin nanti pun famili lelaki yg prepare smua..kluar duit belanja
famili pompuan..dtg je kenduri sbb famili pompuan susah - mak ibu tunggal
tp..si pompuan xsedor diri..
xkenang budi yg ditabur si tunang ini..
lebih pada mencari yg SUPER SWEET..
mintak putus..xnak dah dgn tunangan yg ini..
sbb dah ada BF baru yg lebih sesuai di matanya..
sedih sungguh si Ibu...tapi dah itu pilihan si anak..follow je la..
bila dah putus..kereta tunang ambik la semula ..
so..babai je la ye..skrg pegi la keja jalan kaki..
turun bas naik bas..bergumbira la anda dgn bf baru yg SWEET sgt kononnya itu..
Bukan perempuan je pisau cukur..lelaki pun ade je jenis cukur mencukur ni. Terkena dengan diri sendiri dulu..bila ingat balik rasa bodoh je dulu. Habis harta aku dulu.. Tapi pada masa yang sama bersyukur sangat jumpa suami sekarang yang jauh lagi baik..nasib tak kahwin ngan orang pencukur ni..
Yang aku paling tak tahan lelaki tu apesal bodoh sangat.. desperate sangat?? takde maruah ke?
Geram betul aku dgn manusia, tak kira ahh laki2 ke pompuan yang cenggini..
Macam fake ajeeeee..
Tengok masa reply pun dah tau, setiap 3 minit boleh reply balik panjang2 lak tu.. Nampak sangat nipu nyeeee..
Kalau perempuan tu bebetul dah ada laki lain, dia xkan reply mesej ko explain everything within 3 minutes, maybe after a day baru reply balik.. tu pon bukan ayat macam tu, selalu nya,
"aku dah jumpa laki lain. jgn cari aku. bye."
"okay, semoga ko jumpa pompuan lain yang sanggup hidup susah dengan ko. bye"
Post time 18-11-2016 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hahaha tergelak jgk la baca cite ni. Tp mmg x dinafikan ada je makluk mcm ni.
Kat kg aku baru je jadi.. laki bni ni ank dh ramai, yg sulung skolah menengah dh. Binik nya cikgu, suka bergaya. Emas jgn ckp la mmg sampai siku. Yelah laki nya tokey getah nko.. mmg kategori org kaya raya la dlm kg tu..
Tp bini nya jenis x besyukur. Sejak kenal facebook benda bagai ni dia jd hanyut.. sbb nya slalu selfie..ramai yg puji n puja. Dia jd ilang ingatan psl status sdri. Lebih x sedor diri bila dh pandai cucuk botox nkoo.. finally episod kecurangan pun terbongkar.
Tiba2 heboh brita c bini ni kawen baru..kawen plok nga org muda trang tang tang umo 20 nko..dia dh 46 . Org kg semua tertanya2 bila masa nya cerai?? Tau2 dh kawen baru n muda lak tu..
Moral nya.. byk duit pun kalo nko bau getah sekerap, tetap jgk batang muda yg di cari.. hahahaa
Post time 18-11-2016 06:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau lah cerita ni betul...i doakan yg lelaki tu dp isteri yg terbaik.....kalau tak betul pun kita amik sbgai pengajaran....
Tolonglah adik2 abg2 kakak2..lelaki ke perempuan ke....jgn lah suka2 hati bagi duit pd orang yg kita belum pasti lg ada hubungan dengan kita....stkat couple..tunang...boleh je nak g tpi berpada2 lah...sesetengah org ni..bila dia rasa kita terlalu senang memberi dia takkan hargai kita...cukuplah belanja mkn ke..itu pn gilir2 lah...nak bg adiah bg jelah yg murah2...cincin silver pn ada...myk wangi rm20 pn ado...kalau kau putus...tkde jodoh kau tk kan terasa sgt...ni kau akan rasa diri kau bodoh sbb ribu2 dh abis pd si dia yg konon2nya kau sayang stgh mati...
Bab duit ni adik beradik pun kita bg pinjam ada yg wat tak tau..tk byr bLik pn....ini kN pulak org luar dlm famili kita...berpada2lah dlm apa jua keadaan...
Post time 18-11-2016 07:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I imejin bdk pompuan ni mesti jenis bertudung shawl hijabista belit sana belit sini lemah lembut n nmpk ayu..mekap sekati bak kata org kalu lempang muka dia jerebu satu malaya. Badan kurus dan kecik. Standard taste lelaki melayu.. Sanggup berhabis duit jd bodoh demi nk kawen gadis idaman.