Ekoran isu didakwa memerli Bintang GegarVaganza 3 (GV3) Elly Mazlein, penyampai radio, Fara Fauzana kini sudah memohon maaf kepada penyanyi itu.
Baru-baru ini Fara, atau lebih mesra dengan panggilan Fafau didakwa memerli Elly ketika mengacarakan acara separuh akhir Muzik-Muzik 31 Jumaat lalu, berkenaan isu penarikan diri.
Sumber foto: IG Fara Fauzana
Bagaimanapun, selepas menerima kata-kata maaf daripada Fafau, Elly kini menyifatkan perkara itu sebagai salah faham dan menerima baik permohonan maaf Fafau itu.
“Kebetulan kami duduk bersebelahan ketika konsert GV 3 Ahad lepas, dia tegur dan bertanya adakah saya marah kepadanya.
“Jujur saya cakap, ya saya memang marah tapi saya hormati Fara kerana dia mengambil inisiatif untuk meminta maaf," katanya kepada Astro Gempak.
Sumber foto: IG Elly Mazlein
Elly menganggap perkara itu sudah selesai dan hanya salah faham semata. Menurut Elly, perkara itu mungkin berlaku di luar kawalan Fafau yang mungkin tersilap kata atau tidak sengaja.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Fafau. Baguslah kalau mereka sudah berbaik semula. - CARI |