Serius tempat yang sangat 'best' bila sebuah kafe di Rawang menggabungkan sekali tempat makan dengan 'port' menggunting rambut serta ada seksyen khas untuk peminat 'vape'.
Pelbagai menu hebat yang kebanyakannya adalah sajian ala Barat ditawarkan di sini antaranya, Macaroni Fries, Spaghetti Bolognese, Fettuchine Carbonara, Chicken Chop dan Meat Ball Harmony.
Sumber Foto: FB Harmony Zone
Harmony Zone Cafe ini juga mempunyai keunikannnya yang tersendiri iaitu satu-satunya kafe yang menawarkan "Air Tower" iaitu air minuman yang diisi dalam bekas yang sangat tinggi.
Pelanggan boleh memilih sendiri perisa minuman apa yang anda gemari untuk "Air Tower" yang boleh dikongsi dengan lebih 5 orang!
Ada juga ditawarkan pelbagai barangan 'vape', khidmat menggunting rambut professional untuk kanak-kanak dan orang dewasa selain menjual barangan penjagaan rambut seperti pomade.
Sumber Foto: FB Harmony Zone
Suasana yang nyaman dan hiasan kafe yang menarik membuatkan ramai pelanggan yang pernah datang mencuba untuk datang lagi ke sini buat kali kedua.
Apa tunggu lagi, jom serbu Harmony Zone Cafe di alamat:
12A, Jalan Tun Teja 1, Taman Tun Teja
Rawang, Selangor
Waktu perniagaan: Selasa-Ahad (12pm-12am)
Sabtu (12pm-1am)
Jumaat (3pm-1am)
Tutup:Setiap Isnin
Nombor Telefon:
Harmony Zone HQ - 0360900553
Acai - 0183958848
Jidinz - 0125242484
Azim - 0126177324
Lepas ni bolehlah cuba habiskan masa melepak dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di sini, anda pula bagaimana? -CARI |