CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 4

Rasuah Lebih RM10 Juta, Pengurus Besar Syarikat GLC & 2 Kontraktor Ditahan S

[Copy link]
Post time 11-11-2016 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengurus besar sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) dan dua lagi ditahan reman lima hari bagi siasatan kes salah guna kuasa, menerima dan memberi suapan melebihi RM10 juta.


Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas ketiga-tiga mereka sehingga Selasa depan.


Berdasarkan laporan Sinar Harian, pengurus besar syarikat GLC yang berusia 56 tahun itu direman bersama dua individu lain iaitu seorang pengurus besar syarikat kontraktor bergelar Datuk dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kontraktor.


Semalam, pasukan siasatan SPRM menahan pengurus besar GLC itu di kediamannya di Seremban.


SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM30,000 serta dua buah kereta jenis Audi TT, sebuah Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson milik suspek di kediamannya.


Selain itu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik saspek dan isteri serta anak-anaknya yang melibatkan wang berjumlah kira-kira RM2.5 juta, yang disyaki diperoleh secara rasuah.


Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.- CARI

sumber foto: internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tukang report ni mesti kontraktor yg x dpt tender
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan free lah 2-3 hari ni. Simpan duit rasuah tu yer
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pengurus besar tu kapir lehnat kan.. Tak mungkin melayu mostlame keji mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 09:08 PM | Show all posts
white_musk replied at 11-11-2016 08:42 PM
Mesti pengurus besar tu kapir lehnat kan.. Tak mungkin melayu mostlame keji mcm ni

Apa kena mengena Islam hendak disalahkan? Yang rasuah tu boleh jadi melayu yang boleh jadi beragama Islam. Yang takda agama macam Stalin, Mao Zedong dan Pol Pot bunuh ratusan juta manusia lagi hebat kapir lahanatnya. Yang ada agama macam Hitler tu pun bunuh manusia berjuta jugak cuma tak boleh lawan manusia yang takda agama, kalau dia berkuasa habis dibunuhnya semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.070219 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list