View: 2775|Reply: 9
|
Leceh Mengupas Kentang? 4 Cara Ini Memudahkan Kerja Anda Di Dapur
[Copy link]
|
|
Mengupas kentang adalah perkara mudah bukan? Namun, bagaimana jika anda harus mengupas beberapa biji kentang sekali gus?
Ia pasti memakan masa lebih kurang 30 minit untuk mengupasnya. Bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir kerana ada beberapa cara mudah untuk mengupas kentang dengan cepat!
1. Pegang kentang dalam keadaan menegak dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi mengupas kulit kentang menggunakan pisau kupas buah sambil memutarkan kentang itu.
2. Sangat mudah dan cepat mengupas kentang dengan mesin pengupas buah-buahan. Cuma harganya sedikit mahal jika nak dibandingkan dengan pisau biasa. Tetapi jika untuk tujuan memudahkan kerja di dapur, apa salahnya membelanjakan sedikit wang bukan?
Sumber foto: Youtube
Sumber foto: Lazada
3.Rebus kentang sehingga lembut dan rendam dalam air berais selama 10 saat. Dengan menggunakan pisau, hiris bahagian tengah kentang dan tanggalkan kulitnya perlahan-lahan.
4.Sama dengan cara No.2, cuma bahagian tengah kentang dihiris terlebih dahulu sebelum direbus sehingga lembut. Rendam dalam air berais sebentar sebelum ditanggalkan kulitnya.
Sumber foto: Youtube
Mudah bukan? Mungkin ramai di antara anda yang sudah tahu cara-cara ini, namun bagi anda yang masih belum tahu, selamat mencuba! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
thank you |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh gitu ..hey thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg cara no 3 tu,mmg selalu buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pakai peeler jah. 5 minit siap. takyah nak rebus segala |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kaka walaupun kakak memang dah tahu semua tips tersebut |
|
|
|
|
|
|
| |
|