Sumber Foto: IG Sazzy Falak
Pelakon terkenal Sazzy Falak tidak akan menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.
Dia yang juga seorang ahli perniagaan sebelum ini telah pun dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Iman Lily dan Tiara Rose, 5 tahun hasil perkahwinannya dengan perunding kewangan, Nazril Idrus.
"Semestinya kalau ada rezeki, saya mahukan keluarga yang besar. Begitupun, tidaklah besar sangat, nanti susah untuk saya menjaga mereka nanti," katanya kepada Berita Harian.
Tambahnya lagi, dia sangat bersyukur dan menganggap ianya sebuah anugerah yang tidak terperi sekiranya Tuhan mengurniakan seorang lagi cahaya mata kepada mereka suami isteri.
Sudah genap sepuluh tahun usia perkahwinan pada 8 November lepas, pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk meraikan hari istimewa tersebut di Maldives.
"Saya juga berharap dapat melakukan lebih banyak kembara indah bersama keluarga tersayang kerana ia antara aktiviti yang membuatkan perhubungan antara kami lebih utuh," katanya.
Walaupun berdepan dengan pasang surut kehidupan seperti pasangan yang lain juga, Namun Sazzy dan Nazril sama-sama berusaha untuk mempertahankan mahligai yang dibina.
"Suami saya sendiri seorang yang sangat positif dalam hidup dan sentiasa berusaha untuk menambah baik bukan saja kehidupan kami sekeluarga, tetapi orang lain juga."
Bercerita tentang resipi kebahagiaan, Sazzy berkata yang dia selalu meminta suaminya keluar 'berdating' berdua untuk mendapatkan ruang berborak bersama.
Sama-samalah kita doakan kebahagian mereka sekeluarga, semoga impian Sazzy untuk mempunyai anak lagi dimakbulkan, ya? -CARI
|