View: 5153|Reply: 8
|
Waxing Janggut Dan Muka, Trend Terbaharu Kaum Adam Harus Cuba!
[Copy link]
|
|
Jika dahulu waxing hanya dikaitkan dengan bulu roma pada bahagian kaki, bawah lengan dan juga badan, kini ia semakin mendapat tempat di kalangan lelaki yang mahu mendapatkan wajah licin tanpa janggut!
Ya, waxing untuk janggut bukan sesuatu yang asing lagi di luar negara, namun bagaimana pula dengan anda? Sanggupkah anda melakukannya?
Di sini, kami menyenaraikan beberapa kelebihan dan juga kekurangannya bila melakukan waxing janggut.
1. Sudah tentu ia lebih sakit
Berbanding mencukur sahaja, waxing diketahui lebih sakit sama seperti anda melakukan waxing pada bahagian dada mahu pun kaki.
Namun, jika wanita boleh menahan kesakitan waxing, takkan anda tidak boleh?
2. Lebih rumit dan lama
Memang melakukan waxing adalah lebih rumit terutama jika dilakukan sendiri. Lebih baik serahkan sahaja pada yang pakar.
3. Janggut tumbuh lebih lembut
Berbanding mencukur, ia menyebabkan bulu yang tumbuh semakin tebal. Sebaliknya bila melakukan waxing, sehingga ke akarnya bulu tersebut dicabut. Jadi apabila ia tumbuh kembali dapat dilihat perubahan janggut yang lebih halus dan lembut. Malah, ia menampilkan imej yang lebih kemas.
Add Image Caption Here
4. Tahan lebih lama
Bagi mereka yang memang perlu mencukur setiap hari, letih juga kan rasanya. Tapi bila anda melakukan waxing, ia tahan lebih lama dan anda tak perlu mencukur lagi setiap hari.
Lazimnya waxing berahan untuk beberapa minggu!
5. Melambatkan pertumbuhan rambut sepenuhnya
Melakukan waxing secara konsisten, ia boleh membantu melambatkan pertumbuhan janggut untuk jangka masa panjang, malah ada kes ia menghentikan secara terus pertumbuhan janggut itu.
Video di bawah merupakan sesi waxing untuk mendapatkan wajah licin dan menghilangkan janggut tanpa bercukur. Jadi selepas ini, bolehlah anda mencuba rasanya? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MAMS replied at 10-11-2016 04:17 PM
Jika dahulu waxing hanya dikaitkan dengan bulu roma pada bahagian kaki, bawah lengan dan juga bada ...
Sakit nyer... threading kening yg sikit tu pon sakit, lagi waxing janggut... huhuhu.. piapp pedihh ooo |
|
|
|
|
|
|
|
sape tahan sakit, leh la cuba ya |
|
|
|
|
|
|
|
ni kat malaysia mana ada. kalau wax telur tu besepah dah |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2.. sukahatilah yg penting bersih dan kemas bukan hensem kt luar je dlm pgotor |
|
|
|
|
|
|
|
nampak lagi kemas dan x serabut |
|
|
|
|
|
|
|
sakit wey bila ditarik2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku salu guna teknik 'threading' je kat salon. Tapi perit gila bila benang tu mencabut bulu muka... |
|
|
|
|
|
|
|
Dh dkt 3 thn aku gunting rambut sendiri. Bila balik kg, mak aku x complaint, maknanya ok la tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|