"Kurang pengetahuan menyebabkan segelintir selebriti negara tidak mengetahui mereka sebenarnya memang diberi keistimewaan untuk mendapat pelepasan cukai."
Itu adalah kata-kata Presiden Seniman, Zed Zaidi, mengenai artis yang kurang pengetahuan punca mereka tidak sedar sudah diberi pelepasan cukai.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/10/100557gz07c03l2i72ib34.jpg) Sumber foto: IG Zed Zaidi
Menurut Zed, setiap pembelian melibatkan imej selebriti termasuk mana-mana perkara lain berkaitan kerjaya mereka perlu dibuktikan dengan menunjukkan resit kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ketika membuat pengisytiharan cukai pendapatan.
Menurut mStar Online, Zed tidak menyalahkan cadangan Nora Danish sebelum ini selain menjelaskan LHDN memberi pelepasan untuk perkara berkaitan penampilan diri kerana ia juga adalah tugas mereka untuk kelihatan menarik.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/10/100714l2t333rputyvtrpp.jpg) Sumber foto: IG Nora Danish
"Cuma mungkin ada yang tidak tahu bahawa dia boleh mendapat pengecualian kerana faktor kurang maklumat tetapi mereka kena bersedia dengan bukti resit sebagai sokongan," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu,Zed sendiri telah berjumpa dengan pihak LHDN bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara itu dan hasil perbincangan dengan Bahagian Pendidikan Cukai LHDN, mereka akan menjalinkan untuk mengadakan program penyebaran maklumat mengenai pembayaran cukai kepada golongan selebriti.
Jelas Zed lagi, ramai artis takut membuat pengisytiharan pendapatan mereka sehingga membebankan diri sendiri di kemudian hari dek kerana kekurangan maklumat dan salah faham mengenai cukai.
Kepada artis atau mana-mana selebriti yang masih kurang pengetahuan mengenai isu cukai ini, bolehlah menyertai program pendidikan itu nanti ya. - CARI |