CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17142|Reply: 95

Makin Cantik, Zara Zya Buat Pembedahan Plastik?

[Copy link]
Post time 9-11-2016 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: IG Zara Zya



Kalau hendak dibandingkan dahulu dengan sekarang, memang tidak dapat dinafikan lagi yang muka pelakon terkenal Zara Zya ini banyak bezanya.

Dulu boleh dikatakan wajahnya kurang berseri, tapi sekarang pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohad Zainuddin ini mampu berbangga dengan dirinya kerana mampu berdiri sebaris dengan artis jelita yang lain.


Ada buat pembedahan plastik pada wajahkah? Maklumlah, artis dan 'buat' muka bukanlah sesuatu yang asing didengar lagi.


Namun Zara sendiri menafikannnya dan berkata dia lebih selesa jika semua perubahan tersebut berlaku secara lambat dan semula jadi sahaja.


Mengakui yang dirinya seorang yang takutkan jarum, apatah lagi pembedahan plastik, Zara hanya memilih jalan yang lebih selamat untuk mencantikkan dirinya.





"Bezanya rutin kecantikan saya sedikit ketat. Maknanya saya akan pastikan ke spa setiap bulan dan penjagaan wajah itu juga saya titik beratkan kini. Kalau dahulu tidak terlalu sangat tetapi kini memandangkan usia sudah 31 tahun pasti semuanya juga sedikit berbeza. Sebab itu kalau boleh saya tidak mahu terdedah kepada sinaran matahari, bukan apa setelah melaburkan duit yang banyak saya perlu menjaga,” katanya kepada Utusan Online.


Memiliki kulit sawo matang, Zara bangga kerana dilahirkan begitu dan tidak kisah dia tidak secerah orang lain.


“Bukan saya tidak percaya dengan suntikan, tetapi kalau cucuk pada tangan juga sudah sakit apatah lagi di bahagian wajah dan sebagainya. Malah kita tahu kesannya kalau kita leka dalam soal penjagaan diri. Soal warna kulit saya tidak pernah impikan mahu kulit yang jauh lebih cerah."






Di samping menjaga kecantikan luaran dengan menggunakan pelbagai produk, Zara Zya juga menitikberatkan soal kecantikan dalaman.


Memang begitulah yang sepatutnya dilakukan dan cara Zara Zya menjaga dirinya tanpa melibatkan pembedahan kosmetik ini boleh dicontohi oleh wanita di luar sana. Tak begitu? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg nmpak lain muka dia...rambut full bang tu mcm ta sesuai jah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:33 AM | Show all posts
zara yang dulu lagi cantik bagi mek...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
rambut yg bawah tu seram sgt

anyway xlain pun...dia pun dh lama jd retis..mest makin lawa.yg ni aku percaya teknik solekan..yg yana samsudin tu haram aku xpurcaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama je muka dia mungkin rambut dan makeup kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:38 AM | Show all posts
Dlm gmbr/ ig semua perfect. Kulit mcm bangla pun blh pinkish2. Apa nk heran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2016 11:39 AM | Show all posts
sama je nampak..tang idung pun x dela nampak berubah..teknik solekan je tu dgn style rambut
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:40 AM | Show all posts
tetap muka kampung je aku tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 11:42 AM | Show all posts
etonjelita replied at 9-11-2016 11:38 AM
Dlm gmbr/ ig semua perfect. Kulit mcm bangla pun blh pinkish2. Apa nk heran.

Kak Eton, ni benang Zara tau. Bukan Sohai
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain tang mane..tp pic last tu mcm drag queen lak gayanya..x sesuai rambutnya gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni rajin pi pesona klinik aesthetic
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu comey kot, ni macam seswatu tak kena jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak semua org sesuai buat rambut camtu..kadang sbb trend..nak jugak buat
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat gigi
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:03 PM | Show all posts
hungryhenry replied at 9-11-2016 11:47 AM
Dia ni rajin pi pesona klinik aesthetic

Sesapa yg pgi Pesona Clinic tu mmg kebaboom ke pas buat treatment?

Nengokkan sama aje xde beza pun...mahal kemain jgn cakap la...

Baik aje la gi Klinik Ko tros...mmg nmpk perubahan tros...dr kepam tros putih Korean kauuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:09 PM | Show all posts
hungryhenry replied at 9-11-2016 11:47 AM
Dia ni rajin pi pesona klinik aesthetic

Pesona clinic tu boleh buat mcm2 ke?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 12:11 PM | Show all posts
razureza replied at 9-11-2016 12:03 PM
Sesapa yg pgi Pesona Clinic tu mmg kebaboom ke pas buat treatment?

Nengokkan sama aje xde beza ...

Medispa yg tgh bnyk tumbuh mcm cendawan lps hujan skrg ni pun ramai org berkunjung
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:11 PM | Show all posts
rambut tu xsesuai sbb nmpk flat je kt kepala. Kalau rambut tebal mungkin sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:15 PM | Show all posts
Manjahati replied at 9-11-2016 12:11 PM
Medispa yg tgh bnyk tumbuh mcm cendawan lps hujan skrg ni pun ramai org berkunjung

Kannnn uols...semua feeling2 nak lawa gituh...

Walau hasilnya kekadang nan hado...like amik pic tetap kena filter jgk...

Like this must go to Siam buat muka, kaya sikit gi Korea tros...haaaa kauuu hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Teknik mekap kot apapun masih rasa dia kategori biasa2 je dan nmpk lebih berusia dr umur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066192 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list