View: 1425|Reply: 4
|
Lebih 260,000 Peminjam PTPTN Dilarang Ke Luar Negara
[Copy link]
|
|
Jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran semula dilarang ke luar negara meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, lapor akhbar New Straits Times (NST).
Statistik yang dikeluarkan Jabatan Imigresen menunjukkan seramai 707,304 dilarang meninggalkan negara setakat ini bagi 2016, dan peminjam PTPTN yang paling ramai dengan 261,833 kes. Tahun lalu, terdapat 55,839 peminjam dilarang ke luar negara.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, peningkatan jumlah mereka yang disekat ke luar negara disebabkan mereka tidak sedar nama sudah disenaraihitamkan dan menjadi antara sebab perjalanan tertangguh di lapangan terbang.
“Mereka tiba di lapangan terbang tanpa tahu status mereka dan akhirnya menyebabkan penumpang lain terpaksa beratur panjang di kaunter daftar masuk.”
Mustafar mendesak mereka yang mahu ke luar negara untuk memeriksa status mereka sebelum melakukan perjalanan supaya tidak menimbulkan masalah di lapangan terbang atau pintu keluar masuk yang lain, menerusi laman web jabatan itu.
Jumlah mereka yang gagal membayar hutang belajar itu meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, dan disekat daripada ke luar negara, menurut Jabatan Imigresen.- CARI
sumber foto: www.thestar.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Masa orang bagi pinjam ko amik, time kena bayar buat buat x reti. Merasa la kena blacklist. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Sekat semua.
Dah tahu meminjam utk belajar tak nak bayar.
|
|
|
|
|
|
|
|
potong aje terus dari bank akaun bulan2, |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk rumah diam2 sudah.. nk melancong bayar utang dulu lahhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|