Sumber Video: FB Abd Ghani Haron
Rezeki terpijak buat lebih dari 1500 orang penunggang motosikal di Sungai Petani, Kedah kerana mendapat sumbangan petrol percuma.
Sejak 6.30 hingga pukul 10 pagi tadi, stesen minyak di Tikam Batu dibanjiri oleh penunggang motosikal untuk mengisi minyak petrol RON95.
Sumbangan tersebut disumbangkan oleh peniaga katering yang juga bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Kuala Muda, Cikgu Abdul Ghani Haron, 60, yang kini aktif dalam kegiatan kebajikan.
Sumber Foto: FB Cikgu Ghani
"Bukan untuk menjadi popular tetapi sekadar melakukan sedekah jariah. Bukan minyak sahaja yang diberi malah pelbagai barangan lain turut disalur pada mereka yang memerlukan," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya lagi, sumbangan petrol percuma tersebut adalah usaha untuk meringankan beban masyarakat dan merupakan sebahagian dari program sedekah jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya yang lain.
Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Antara komen netizen yang berterima kasih dan berasa kagum dengan usaha yang dijalankan:
Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang ramai dalam menangani kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa sekarang. -CARI |