CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2412|Reply: 4

Oh Tidak! Punggung Leper Sebab Duduk Dalam Pejabat Seharian?

[Copy link]
Post time 1-11-2016 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: cosmopolitan.my





Oh tidak! Punggung akan menjadi leper kerana duduk di pejabat sepanjang hari?


Ya, perkara ini telah disahkan oleh ahli terapi fizikal bernama Abby Bales kepada The New York Post, yang menyatakan semakin lama anda duduk tanpa bergerak, semakin besarlah kemungkinan  anda akan mempunyai kesukaran mengakftikan glutes untuk mengekalkan bentuk pinggul.


Keadaan ini akan menyebabkan anda berdepan dengan risiko lebih tinggi untuk memiliki punggung leper.


Biasanya mereka yang bekerja di pejabat tidak mempunyai masa untuk bersenam di siang hari. Namun sebenarnya ada caranya bagi mengelakkan punggung menjadi leper.



Sumber Foto: www.glamour.com




Cuba berdiri atau berjalan di sekeliling pejabat selama lima minit setiap satu jam sekali kerana ia dapat membantu meningkatkan keanjalan pinggul dan mengaktifkan otot-otot punggung anda.


Selain itu, Bales turut mencadangkan supaya berdiri tegak dan meletakkan kusyen pada separuh belakang kerusi bagi mengelakkan ketegangan pada tulang belakang.



Dia juga menasihati orang ramai terutama mereka yang seharian terperuk di pejabat supaya mengamalkan berjalan kaki jika mahu pergi ke tempat yang berhampiran.


Walau sesibuk mana pun anda, cuba curi masa untuk melakukan senaman seperti yang dicadangkan. Semoga berjaya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Butt leper sebab malas squat & lunges

Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni buntut kita.mungil.lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi.rajin2 lah bergerak.
Boleh follow ig home.exercises ,bnyk video kt situ. Nak dpt butt cantik,kena lah exercise.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 08:52 AM | Show all posts
Hahahaha..klu xduduk je tp still leper??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.087329 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list