Buat kaki 'travel', anda pasti sudah arif dengan persediaan dan tip-tip ketika melancong. Manakala kepada anda yang mahu mula mengangkat kaki ke tempat orang, di sini ada beberapa tip yang berguna kepada anda sebelum memulakan perjalanan.
1. Wayar Penyambung
Tak cukup tempat untuk caj semula gajet anda di hotel? Bawalah wayar penyambung untuk trip seterusnya dan caj kesemua gajet anda dalam masa sama.
2. USB Port
Jika anda terlupa membawa adapter, USB port pada TV di hotel anda boleh digunakan untuk caj telefon pintar anda.
3. Duit Syiling
INGAT! Pengurup tidak menerima duit syiling. Anda harus habiskan baki syiling yang ada di lapangan terbang sebelum pulang ke tanah air.
4. Gambar Dokumen
Ambil dan simpan gambar pasport, visa dan tiket di dalam telefon anda. Manalah tahu jika salah satu hilang, ia akan memudahkan proses pihak kedutaan menggantikannya jika anda memiliki 'soft copy'.
5. Bilik Air
Lepaskan 'hajat' anda 20 minit sebelum pesawat mendarat. Jadi, anda boleh menuju terus ke imigresen tanpa perlu beratur panjang di tandas lapangan terbang.
6. Pakaian
Lipat pakaian dengan menggulungnya kerana ia akan memberi lebih ruang dalam bagasi anda.
Sumber foto: Carian Google
Ini adalah antara beberapa tips yang boleh digunakan jika anda mahu melancong. Ada banyak lagi sebenarnya tip yang berguna ketika melancong. Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman atau tip yang ingin dikongsikan? - CARI |