CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7428|Reply: 38

Elak Baju Bau 'Kepam', Mesin Basuh Pun Mahu Dimanjakan

[Copy link]
Post time 31-10-2016 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Mesin basuh baju tugasnya adalah mencuci baju. Tapi tahukah anda, mesin basuh juga perlu dibasuh bagi menjamin keberkesanannya mencuci pakaian anda? Jika anda tidak mencuci mesin basuh, ia akan menyebabkan kerosakan, sekali gus baju anda akan berbau 'kepam'selepas dibasuh dan ditinggalkan semalaman atau terdapat benda seperti kertas atau tisu yang dicarik-carik melekat pada baju selepas dibasuh.


Tak susah nak basuh mesin basuh ni. Hanya memerlukan beberapa langkah mudah dan mesin anda akan siap dicuci!


Langkah Pertama
Cabut penapis di dalam tangki dan cuci sebersih mungkin, kemudian pasang semula.


Langkah Kedua
Paras air anda hendaklah pada tahap maksima dan pilih mod 'TUB CLEANING'. Jika tiada mod ini, anda boleh pilih mod 'SOAK' atau yang penting, pastikan anda pilih cycle 'WASH' sahaja.








Jangan letak apa-apa pakaian di dalam mesin basuh semasa proses mencuci mesin dijalankan.


Langkah Ketiga
Masukkan bahan pencuci bersesuaian apabila paras air sudah 1/3 penuh. Pastikan bahan pencuci mengandungi:









1. 300 gm Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate atau;
2. 300 gm Sodium Borate (Borax) atau;
3. 300 gm Jenama Calgon, Cosway atau Oxy atau;
4. 140 gm Soda dicampur dengan 750 ml cuka putih yang telah dicampur di dalam bekas lain terlebih dahulu atau;
5. Campurkan pencuci jenama Zip Active Formula dengan 300 gm Bicarbonate sebelum dimasukkan ke dalam mesin atau;
6. Jika malas atau ketiadaan bahan di atas, anda tidak perlu letak apa-apa bahan. Cumanya, kurang berkesan lah.


Langkah Keempat
Jika anda memilih mod TUB CLEANING atau SOAK, proses mencuci mesin selesai selepas program cucian telah siap. Manakala, jika anda hanya memilih WASH sahaja selama 3 minit, anda perlu biarkan mesin terendam selama sejam.


Selepas sejam, pilih mod
1. WASH 8 minit
2. RINSE 2 kali
3. Spin 1 minit









Pastikan tiada keladak yang tinggal di dasar tangki. Jika masih ada, cuci penapis dan ulang semula langkah membasuh, bilas dan keringkan sehingga tiada kesan keladak yang tertinggal. SIAP!








Jika anda tidak yakin dengan bahan cucian, carilah bahan khas untuk mencuci mesin basuh di pasaraya terdekat. Semoga berjaya! - CARI


Sumber foto: FB Panda Bekki

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2016 05:04 PM | Show all posts
oooo...gitu cara basuh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 05:39 PM | Show all posts
o.. baru aku tau ada cara nak basuh mesin basuh..
good info!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu adanya function sebegini dah selalu gunakanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice.info.tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 09:32 AM | Show all posts
nt nak buatlah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2016 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 11:12 AM | Show all posts

ooo....selama ni tak pernah basuh mesin basuh...

nasib hasil cucian  xda bau kepam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 02:34 PM | Show all posts
UsuFie replied at 1-11-2016 11:12 AM
ooo....selama ni tak pernah basuh mesin basuh...

nasib hasil cucian  xda bau kepam...

rajinnya ko.......

Aku skrg nk basuh baju selai dgn tangan pun malas...
Tp bj sekolah anak kena berus jgk sblum masuk mesin...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 02:46 PM | Show all posts
zameyla replied at 1-11-2016 02:34 PM
rajinnya ko.......

Aku skrg nk basuh baju selai dgn tangan pun malas...



sis dah salah paham ni...ayat usu mengelirukan kot...
maksud usu...
usu tak pernah 'cuci/basuh' washine machine tu..
hantam guna jer...
tak pernah take care pun mesin basuh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 04:10 PM | Show all posts
UsuFie replied at 1-11-2016 02:46 PM
sis dah salah paham ni...ayat usu mengelirukan kot...
maksud usu...
usu tak pernah ' ...

oooooooo............hahaha
sory2....


cheq pun tak pernah 'basuh' mesin basuh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kat daiso ada washing machine cleaner ni. rm5.30 sepaket
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 04:31 PM | Show all posts
kita pun serupa tak pernah nak 'clean' washing machine cuma rajin cuci benda yg macam 'pembaris' yg terletak kat dlm washing machine yang selalu dipenuhi dengan serat2, powder etc.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 04:49 PM | Show all posts
Kalau campak-campak tak ikut gm boleh tak. Rajin pulak nak ukur. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 04:54 PM | Show all posts
aku selalu bersihkan filter je.. tak tau lak ade care lain lg nk bersihkan mesin basuh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 02:08 PM | Show all posts

iols x penah basuh mesin basuh.. hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 02:09 PM | Show all posts
essence replied at 1-11-2016 04:31 PM
kita pun serupa tak pernah nak 'clean' washing machine cuma rajin cuci benda yg macam 'pembaris' yg  ...

pembaris? haha
tu filter namanya...

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 02:10 PM | Show all posts
chinta89 replied at 8-11-2016 02:08 PM
iols x penah basuh mesin basuh.. hahaha.

ntah2 byk lipas dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 02:26 PM | Show all posts
eh mana ade.. haiyo.. jgn la! takot lipassssssssssssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 04:18 PM | Show all posts
Edited by essence at 8-11-2016 05:05 PM
zulka replied at 8-11-2016 02:09 PM
pembaris?  haha
tu filter namanya...

iols tak marah..saja2 malas nak refer balik kat owner's manual kaedahnya...sebetulnya 'cassette filter' according to Toshiba.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.100323 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list