View: 2037|Reply: 4
|
Media Sosial & Hubungan Baik Dengan Rakan Media Sama Penting - Salamiah
[Copy link]
|
|
Kepesatan teknologi maklumat menyaksikan rata-rata artis generasi baru lebih selesa menggunakan medium itu sebagai platform untuk berkongsi cerita terbaru mereka selain berinteraksi dengan peminat.
Secara tak langsung, mereka menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter secara positif.
sumber foto : http://www.thestar.com.my
Bagi penyanyi veteran, Salamiah Hassan, dia akur dengan kemajuan ini, namun masih menyarankan kepada artis muda supaya tetap mengekalkan hubungan baik dengan dunia sebenar.
“Tidak semua benda kita boleh kongsikan di laman sosial dan dengan adanya hubungan baik dengan rakan media, lebih mudah untuk kita bercerita dan mereka akan sampaikan kepada masyarakat.”
Bercerita mengenai penggunaan media sosial sebagai penghubung dengan dunia luar, penyanyi berusia 65 tahun ini juga kerap mengikuti perkembangan semasa.
“Saya tidak begitu bersetuju apabila ada sesetengah pihak berkongsi video dan gambar anggota keluarga yang sedang nazak atau meninggal dunia.”
Salamiah juga mengakui, dia kerap menggunakan Instagram sebagai ruang untuk berinteraksi dengan peminatnya.
“Jarang sekali untuk saya tidak membalas komen daripada peminat dan pengikut Instagram. Itu juga adalah sebagai tanda penghargaan buat mereka.” katanya.
Terbaru, Salamiah bakal menggegarkan Esplanade, Singapura menerusi konsert pertamanya di negara itu pada 1 Januari tahun depan.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Bintang pelem dan penyanyi femes dedulu sangat private hidup mereka. Yang ada skarang tak cukup kasih sayang, samalah macam acik2 kepam peminat mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
salamiah hassan pny suara much2 better drpd anak sheols wlpn dh tua.
k, bye... |
|
|
|
|
|
|
|
Umur auntie salamiah kekal 65 setiap tahun ke.
Mmg x disangkal suara penyanyi ni mmg merdu.. Layak dpt gelaran biduanita. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh stim tgk salamiah ni
mesti hebat di ranjang nie ..tgk pun dah tahu |
|
|
|
|
|
|
| |
|