Bukan Harry Potter sahaja diadaptasi ke layar perak, malah novel The Casual Vacancy juga diadaptasi BBC ke drama televisyen bersiri. Penulis hebat, JK Rowling, tidak menulis buku dengan hanya satu nama pena. Dia juga menulis tiga lagi novel bersiri di bawah nama pena Robert Galbraith.
Menurut The Hollywood Reporter, novel mengenai penyiasat persendirian, Cormoran Strike dan pembantunya, Robin Ellacott yang berjudul Cormoran Strike akan diadaptasi kepada mini siri di HBO.
Menurut CNN Indonesia, Cormoran Strike merupakan watak utama dalam cerita itu di mana dia adalah seorang bekas tentera yang kehilangan kaki akibat dibom dan kemudian menjadi penyiasat persendirian.
Ace Showbiz melaporkan, watak Cormoran Strike akan dimainkan Tom Burke, yang sebelum ini dikenali menerusi siri TV The Musketeers dan War and Peace.
Mini siri itu akan dipisahkan kepada tiga siri peristiwa iaitu The Cuckoo's Calling, The Silkworm dan Career of Evil. Dalam menyelesaikan kes-kes, dia dibantu oleh Robin Ellacott, pembantunya yang cantik jelita.
Kedua mereka menyelesaikan kes pembunuhan Lula Landry di buku pertama, The Cuckoo’s Calling dan bersambung di buku kedua, The Silkworm, yang mengisahkan pembunuhan sadis seorang penulis novel Bombyx Mori.
Buku ketiga berjudul Career of Evil, menceritakan bagaimana Cormoran Strike dan Robin harus berhadapan dengan ancaman yang menghampiri mereka.
Sumber foto: Carian Google
Sesi perfileman dijangka dijalankan pada musim luruh ini. Kepada peminat JK Rowling, sama-samalah kita tunggu mini siri Cormoran Strike ditanyangkan di HBO. - CARI
|