Selepas berpisah dengan Lady Gaga Julai lalu, pelakon kacak, Taylor Kinney kini menemui kekasih pengganti. Dipercayai, Taylor kini senyap-senyap sedang menjalin hubungan dengan Alanna DiGiovanni, 26, yang bertugas sebagai pakar radiologi di Hospita Universiti Thomas Jefferson, seperti yang dilaporkan Page Six.
Sumber foto: Carian Google
Taylor dan Alanna dikatakan dilihat mengunjungi Austin, Texas, untuk menonton perlumbaan Formula 1 (F1) serta menghadiri konsert Taylor Swift. Gadis itu juga dilaporkan mengunjungi Taylor Kinney di Chicago semasa menjalani sesi penggambaran.
Daily Mail bagaimanapun melaporkan Lady Gaga mengaku dalam satu temubual bersama Howard Stern, Isnin lalu bahawa dia masih mencintai bekas tunangnya itu.
"Kami sangat rapat dan mencintai satu sama lain," katanya.
Sumber foto: Page Six
Lady Gaga dalam satu status di akaun Instagramnya mengatakan bahawa perpisihan itu mungkin sementara sahaja.
"Taylor dan saya sentiasa percaya kami adalah teman sejiwa. Sama seperti pasangan lain yang ada pasang surutnya, kami mengambil keputusan berpisah sementara. Kami berharap dapat perbaiki hubungan ini," katanya.
Sumber foto: IG Lady Gaga
Semoga mereka berdua dapat kembali meneruskan kisah cinta mereka. Jika tidak, mudah-mudahan mereka dapat terima kenyataan dan teruskan hidup masing-masing. - CARI |