View: 2019|Reply: 5
|
Tren Kargo Tergelincir, Perkhidmatan KTM Laluan Utara-Selatan Alami Gangguan!
[Copy link]
|
|
Add Image Caption Here
Memetik laporan Bernama, ekoran awal pagi tadi berlaku insiden kegelinciran tren kargo di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu Gajah, perkhidmatan kereta api di laluan utara dan selatan mengalami gangguan.
sumber foto: Portal Rasmi KTM
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kejadian pukul 3.15 pagi itu berlaku ketika tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di sini untuk mengambil muatan simen.
KTM Berhad memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan maklumat mengenai isiden itu diberitahu dari masa ke semasa.
Menurut Ketua Zon Satu Balai Bom dan Penyelamat Perak, Mohd Khairul Jamil, mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan, cuma berlaku gangguan perkhidmatan di laluan dari Kota Bahru, Kelantan menghala ke Lahat dan Kampar di Perak.
Sementara itu, dua orang pemandu tren itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
Dua jentera dengan 16 anggota serta pegawai terlibat dalam operasi memadam kebakarn dan pengalihan gerabak.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tren kargo je..
Harap2 pemandu, kelindan tren dan semut2 di landasan selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Ketapi tasek semen..jd kat batu gajah...driver x ikut signal... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
.... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kesian laa kalau tunda perkhidmatan,kesian yg dah beli tiket nak balik kg time2 cuti ni.. Lagi2 yg nak raya diwali |
|
|
|
|
|
|
|
Uish ngeri. Kekerapan tragedi macam makin meningkat je ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|