Sumber Foto: Cheatsheet.com
Perkara paling menakutkan dalam hidup kaum lelaki adalah bila mereka berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan alat kelamin. Ngeri!
Bertambah ngeri bila mengetahui yang penyakit ini berkait rapat dengan amalan bersunat, dan semestinya lelaki yang bersunat memperoleh lebih banyak kebaikan dan kelebihan berbanding dengan mereka yang tidak bersunat.
Menurut laporan dari Cancer Research UK, kanser prostat meragut nyawa lebih 130 lelaki England pada tahun 2014 bersamaan dengan dua lelaki setiap minggu.
Awas semua kaum Adam, ambil langkah berjaga-jaga dengan mengetahui apakah tanda-tanda dan gejala kanser prostat supaya dapat mengubatinya dari peringkat awal.
Antara tanda penting yang wajib diketahui ialah:
1. Muncul benjolan atau rasa sakit pada penis yang tidak sembuh dalam masa sebulan. Benjolan itu kelihatan seperti bisul, kutil atau kulit melepuh dan jarang terasa sakit.
2. Pendarahan pada penis atau di bahagian bawah kulupnya.
3. Penis mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
4. Ruam pada penis dan perubahan warna yang sangat ketara.
Siapa pula yang berisiko mendapat kanser prostat?
1. Lelaki yang berusia lebih dari 50 tahun
2. Perokok aktif kerana bahan kimia dari rokok akan merosakkan DNA dan sel pada penis.
3. Lelaki yang dijangkiti Human Papillomavirus (HPV) lebih berisiko terkena kanser prostat.
4. Pemuda yang tidak berkhatan lebih berisiko mendapat penyakit ini berbanding pemuda yang berkhatan.
Kes paling teruk adalah pesakit yang menghidapi masalah ini terpaksa dibedah sehingga mengganggu fungsi seksual dan saluran kencing mereka.
Jadi jika ada tanda-tanda tersebut pada diri anda wahai kaum lelaki, jangan ego atau melengahkan masa untuk berjumpa dengan doktor, okay? -CARI
|