Sumber Foto: LetHow.Com
Kaum ibu semestinya golongan yang selalu berhadapan dengan masalah baju suami atau anak-anak terkena kotoran dakwat pen.
Ramai yang mengatakan bahawa kesan kotoran ini sukar dihilangkan, tetapi sebenarnya mudah sahaja menyelesaikannya. Paling penting perlu ada ialah penyembur rambut.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikut sahaja langkah di bawah:
1. Semburkan penyembur rambut tersebut pada bahagian yang terkena kotoran
2. Gosokkan kotoran menggunakan span yang basah dan lakukan sehingga warnya menjadi pudar.
3. Semburkan lagi penyembur rambut dan gosok sehingga kotoran tersebut betul-betul hilang.
4. Tunggu selama beberapa minit dan biarkan pada suhu bilik.
Sumber Foto: Thebestdiy.net
Nah, hasilnya kain akan menjadi bersih dan bebas dari sebarang kesan kotoran.
Selain penyembur rambut, boleh juga menggunakan alkohol kerana kedua-dua bahan ini terbukti dapat menghancurkan kandungan minyak dalam dakwat kekal.
Kesan kotoran yang baru sahaja terkena lebih mudah untuk dibersihkan, jadi jangan malas ya terus sahaja bersihkannya, jangan pula bertangguh. Ada cara lain yang anda tahu? Boleh kongsikan sama-sama dengan kami. -CARI |