CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1215|Reply: 0

Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bagi Mengenalpasti Punca Kejadian- TPM

[Copy link]
Post time 26-10-2016 09:56 AM | Show all posts |Read mode



sumber foto: http://assets.bharian.com.my/


"Saya ingin mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang dan menjadi rujukan kepada hospital-hospital yang lain di seluruh negara."


Demikian cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media di perkarangan rumah mayat ketika membuat tinjauan berhubung kejadian kebakaran yang berlaku kelmarin di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru yang telah mengorbankan enam nyawa.


Tegas beliau, siasatan terperinci yang dijalankan dapat digunakan untuk tujuan pengubahsuaian dan penyelenggaraan terutamanya hospital lama di seluruh negara.


Ahmad Zahid turut mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dapat membentangkan laporan siasatan kepada kabinet susulan kejadian kebakaran yang meragut enam nyawa pesakit yang menerima rawatan di wad ICU di aras dua bangunan induk HSA.- CARI

sumber foto: mstar



sumber foto: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067493 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list