Sempena sambutan perayaan Deepavali, pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang membuat bayaran tol secara elektronik bakal menikmati diskaun 10 peratus.
Menurut kenyataan Anih Berhad hari ini, tawaran diskaun itu dilaksanakan selama 24 jam bermula 12.01 pagi Sabtu (29 Oktober).
Syarikat pemegang konsensi lebuh raya itu juga mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT1 pada waktu puncak ketika Deepavali.
Orang ramai boleh melayari laman web rasmi Anih Berhad untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cadangan waktu perjalanan bagi mereka yang bakal menggunakan lebuhraya KLK dan LPT1.- CARI