CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8419|Reply: 38

Datin Anne Ngasri akan terus berlakon

[Copy link]
Post time 24-10-2016 04:42 PM | Show all posts |Read mode



Kata Anne atau Ngasriah Ngasri, sejak usia tiga tahun dia sudah menceburi bidang seni dan hingga kini cinta dan minatnya tidak pernah padam.

Status isteri dan ibu kepada empat anak bukan alasan bagi Datin Anne Ngasri, 32, untuk duduk diam. Sungguhpun sibuk menguruskan anaknya, setiap tahun dia akan muncul dalam beberapa drama walau hanya sekadar watak sampingan.

Cukup dikenali melalui siri Cili Padi yang disiarkan TV3 pada 1993, Anne sudah masak dengan asam garam anak seni yang adakalanya berada di atas dan kadang-kala di bawah.

“Saya tidak pernah meninggalkan dunia seni. Saya masih ada dan akan terus berlakon selagi tawaran diberikan itu sesuai dengan masa dan menarik perhatian saya.

“Mungkin disebabkan drama saya kurang popular membuatkan penonton tidak menyedari saya masih berlakon.

“Saya juga banyak berlakon dengan syarikat sendiri dan sekadar memegang watak sampingan kerana ada banyak komitmen lain yang memerlukan perhatian saya,” katanya.

Walaupun produksi sendiri, Anne tidak mahu menyusahkan pihak lain semata-mata mahu mengikut jadualnya.

“Bukannya saya tidak mahu aktif seperti dulu tetapi kekangan masa. Saya ada keluarga yang perlu diuruskan dan diberi perhatian. Anak-anak bersekolah dan anak bongsu masih kecil,” katanya.

Selain itu, Anne menyandang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang, namun dia tidak terfikir untuk melangkah lebih jauh sebagai wakil rakyat.

Katanya, itu sebagai tanda sokongan kepada suaminya, Datuk Sumali Reduan.

Anne berkata, memegang jawatan itu pun ada banyak perkara yang harus dijalankan dengan baik apatah lagi menjadi wakil rakyat.

“Saya hanya ingin fokus menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri UMNO dan sesekali muncul di televisyen menerusi drama.

“Ada banyak aktiviti yang dijalankan dan memerlukan saya turun padang. Selaku Ketua Puteri UMNO, saya ada tanggungjawab besar untuk mengemudi serta melaksanakan segala aktiviti yang dibincangkan. Antaranya membantu golongan memerlukan,” katanya.

Kata Anne, dia selesa dan gembira dapat membantu golongan memerlukan kerana dapat bertemu mereka dan mendengar masalah yang mereka hadapi.

Dia juga gembira apabila namanya turut dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) yang berlangsung awal September lalu.

Katanya, ia menjadi kenangan manis buatnya walaupun sekadar dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem Love Supermoon.

“Sehingga kini, saya masih tidak percaya dicalonkan antara lima terbaik dalam kategori itu. Maklumlah selepas 10 tahun bergiat dalam dunia seni, saya tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana kategori anugerah di Malaysia.

“Pencalonan itu adalah bukti saya masih berlakon. Saya pernah berlakon Dunia Baru The Movie tetapi tidak mendapat apa-apa pencalonan. Sebab itulah saya tidak jangka dicalonkan pada FFM28 yang lalu,” katanya.

Anne juga tidak terkilan walaupun agak lewat menerima pencalonan anugerah dalam lakonan. Baginya, peluang berlakon dan dicalonkan serta menang anugerah itu adalah rezeki.

“Setiap individu itu mempunyai rezeki berbeza. Mungkin pada mata kasar, filem Love Supermoon kurang mendapat sambutan memberangsangkan, namun ia satu cara untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya masih berlakon. Cuma keutamaan saya pada masa ini adalah keluarga.

“Saya juga tidak menyasarkan apa-apa apabila berlakon. Ia sekadar melepaskan rasa rindu pada bidang lakonan yang sudah lama diceburi,” katanya.

Biarpun sibuk menguruskan anaknya, Abdul Warits, 11, Abdul Wafri, 8, Nazharah Afrozah, 6, dan Sufi Harraz, 3, pelakon dan penerbit itu bersiap sedia menerima tawaran dan menyumbangkan bakatnya walaupun hanya sekadar watak pembantu.

Anne juga akui tidak akan menghalang minat anak seandainya mereka cenderung mengikut jejak langkahnya menjadi anak seni.

Anak sulungnya pernah terbabit dalam iklan komersial Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tetapi hanya setakat itu.

“Sebagai ibu, saya tidak akan menghalang minat mereka tetapi tidak juga akan mendesak mereka untuk mengikut jejak langkah saya. Biar mereka sendiri yang tentukan hala tuju hidup.

“Apabila mereka sudah dewasa, pastinya ada kemahuan sendiri. Setakat ini saya melihat anak sulung lebih cenderung ke arah seni lakon tetapi tidaklah seperti kanak-kanak lain yang minat itu jelas kelihatan. Pun begitu, saya masih mementingkan pendidikan mereka,” katanya.



http://www.hmetro.com.my/node/176161

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 04:55 PM | Show all posts
confirm dah bercerai tu pasal berlakon balik..standard artis pompuan mesia
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kelas ko dex
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 05:03 PM | Show all posts
MH3703 replied at 24-10-2016 04:55 PM
confirm dah bercerai tu pasal berlakon balik..standard artis pompuan mesia

kebarangkalian itu sgt tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 05:07 PM | Show all posts
ade jer dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 05:18 PM | Show all posts
madihahhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayang keretakan rumah tangga bakal menjelma kah??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayang keretakan rumah tangga bakal menjelma kah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tk pyhlahhhh.. anak bersusun nnti terabai puloknya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 06:55 PM | Show all posts
Iolsss penah tgk si anne neh masa kat court nk dengar kes..
Ms tu dia peknen rasanya..
Xtahu laa dia lari ke apa tp mmg huru hara jap ingat dia ilang..
Rasa dia g toilet tp g sendiri..
Anne neh walo muka senyum sokmo tp kalo kite tgk mudah jatuh kesian tgk airmuka dia..
Syukur sgt dia dpt suami yg sygkn dia skrg..
Iolss tak rasa dia nak bercerai..
Jenis jaga suami dia Tu..
Lepas tu kulit muka dia licin glowing..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 06:58 PM | Show all posts
Suker tengok sheols blakon citer Love Supermoon tuh.
Takmo pikir negatif.. iols doakan smua baik2 je yerrr. Slamat kembali blakon.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 06:58 PM | Show all posts
MH3703 replied at 24-10-2016 08:55 AM
confirm dah bercerai tu pasal berlakon balik..standard artis pompuan mesia

kalau gittew, dah 2x sheols dan husband juga bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 06:59 PM | Show all posts
lonely_surina replied at 24-10-2016 10:55 AM
Iolsss penah tgk si anne neh masa kat court nk dengar kes..
Ms tu dia peknen rasanya..
Xtahu laa d ...

iols suka tgk muka sheols glowing..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sheols paling tua dah 11 tahun?

Teringat ai kisah sheols dengan Aliff Aziz
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 24-10-2016 09:49 AM
tk pyhlahhhh.. anak bersusun nnti terabai puloknya.

orang belakon seni darah daging
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak anne korg dok speku kompom sheols bercerai. Iols tak nmpk pulak statement berbaur penceraian. Sheols ada je berlakon waktu kawin, waktu janda, waktu mngandung pun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2016 08:41 PM | Show all posts
d_dalia replied at 24-10-2016 06:59 PM
iols suka tgk muka sheols glowing..

kan, skincare apa yg dia pakai..
ada yg kata tabita..

iolss harap dia ok2 saja dengan suaminya n hidup bahagia..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 09:29 PM | Show all posts
mieymiey replied at 24-10-2016 07:06 PM
Anak sheols paling tua dah 11 tahun?

Teringat ai kisah sheols dengan Aliff Aziz

10 sepatutnya..wartawan tu silap sbb aku kawen sama ngan dia bln 5 tp dia dh dpt anak bln 11 thn yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Forumer acik kepam hitam legam memang suka speku benda entah betul ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 11:43 PM | Show all posts
cantik pulak dia ni sekarang.
macam tak percaya je  sheols pernah couple dengan Alif Aziz dulu2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.300767 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list