Sumber Foto: Themalaysiantimes.com.my
Mohamad Khairi Abdul Wahab, 29, telah dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana didapati bersalah mencekik dan mencederakan bapanya hanya disebabkan diminta keluar cepat dari bilik air rumah mereka.
Menurut Harian Metro, kejadian berlaku semalam pada jam 12 tengah hari di dalam sebuah rumah bertempat di Rumah Pangsa Setapak, Wangsa Maju.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Umzarul An Nur Umar dan tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.
Tertuduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, iaitu Abdul Wahabb Ahmad, 62, dengan menumbuk muka, mencekik dan menendang.
Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -CARI |