CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2903|Reply: 19

Kes Viral Langgar & Ragut: Dua Beradik Telah Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 21-10-2016 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Dua beradik yang dipercayai terbabit kes langgar dan ragut di Pekan Kapar 20 Oktober lalu akhirnya berjaya ditahan pihak polis.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, kedua-dua suspek ditahan di rumah di Rantau Panjang, Klang kira-kira 2 pagi tadi.


Difahamkan, polis turut menjumpai motosikal dan topi keledar dipercayai digunakan ketika kejadian ragut berkenaan serta beberapa barang peribadi milik mangsa di dalam rumah suspek.

"Pemeriksaan ujian air kencing suspek positif dadah jenis morfin. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun."


Dalam kejadian kira-kira 4 petang 20 Oktober lalu, wanita berusia 56 tahun sedang berjalan balik ke rumah dari Klinik Kesihatan Kapar melalui satu lorong di belakang deretan kedai di pekan Kapar sebelum didatangi motosikal dinaiki lelaki yang cuba meragut beg tangan mangsa.


Kejadian itu mengakibatkan wanita itu jatuh tertiarap, dan oleh kerana suspek gagal meragut beg tangan mangsa, suspek berpatah balik lalu melanggar mangsa dan mengambil beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.


Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, hidung, jari dan lutut namun berada dalam keadaan stabil.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian berhubung kejadian itu turut tersebar di laman sosial.- CARI

sumber foto: internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 12:52 PM | Show all posts
kuang ajo betul lah..memang selayaknya dok bwh lori la manusia macam ni..apa igt tak sakit ke main langgar mcm bola gitu...stresss!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 12:58 PM | Show all posts
sial punya penyamun,.....aku doakan ko terhimpit bawah tayar lori....x mampus tp terseksa
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ingat patung ke apa main langgar2 macam tu...ngeri tengok
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:34 PM | Show all posts
motip mungkin balas dendam ke ape...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu pasal bila dapat tangkap peragut mesti dipukul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2016 02:26 PM | Show all posts


wei kejam nyaa...  kt mana berlaku ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 02:31 PM | Show all posts
ya allah. mati ke hidup tu..  

mohon peragut penyet digelek steamroll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 02:48 PM | Show all posts
kornea replied at 21-10-2016 01:52 PM
Itu pasal bila dapat tangkap peragut mesti dipukul

setuju sesangat Klu saya, saya pukul jari2x dan tangan dia smpai terkulai semua tulang dalam tuh hancur keping2x.
biadab sgt2x.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:29 PM | Show all posts
ngerinya....

mohon peragut tu dilenyek dgn lori..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:43 PM | Show all posts
ehh kuang aja nya.. pesal gi langgar lagi?? mcm berdendam je nih.. bukan ragut semata mata
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 05:11 PM | Show all posts
xbaik taw hkum peragut tu,kte kena dgr jgak dr pihak dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 05:26 PM | Show all posts
adusss..........cilaka betul la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 04:57 PM | Show all posts
Peragut nie mesti tak tgk iklan kat RTM ni.. yang mak peragut tu kena langgar lepas kena ragut dpn mata dia.. apa lah yang ada dalam kepala dia, xde perasaan ke, tapi kalau atas pegaruh dadah, mmg xde perasaan la ceritanya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 06:16 PM | Show all posts
Kejam nyer... jahat lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak dogar bg phak dio buek apo, dah tontu penyamun. Kiro salah dahtu hukum tembak yo camtu_
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cis mmalukn kg tol.. Ank sape ler tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 10:48 AM | Show all posts
aaaaaaaa mek tgk dalam 999 kalau x silap..eeeeeeeeeee geram gila kot..boleh pulak dia patah balik lenyet kepala auntie tu..kejam gila, nasib baik tak cedera parah..tangkap pastu ramai2 lenyet kepala dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 02:59 PM | Show all posts
tepek sket muka penyangak kejam tu .. geram pulak tgok
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 03:40 PM | Show all posts
dapat ni belasah bagi patah riuk kt dalam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.301392 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list