Sumber Foto: sailorrest.com
Bercuti di tempat yang sejuk, berangin apatah lagi kalau bermalam di atas bot adalah menjadi impian setiap orang lagi-lagi bagi mereka yang baru berkahwin dan sedang mencari lokasi untuk berbulan madu.
Bercakap tentang lokasi bulan madu, Sailor's Rest yang terletak di Bentong, Pahang menawarkan pengalaman yang pastinya bakal menakjubkan setiap orang.
Terletak 600 meter di atas paras laut sepanjang Banjaran Titiwangsa, tempat ini menyediakan bot sebagai tempat penginapan yang boleh memuatkan dua orang lengkap dengan tempat untuk beristirehat dan ruang tamu yang selesa.
Kaya dengan spesies flora dan fauna, pengunjung juga dapat menikmati susana tenang dan damai kerana sekelilingnya adalah hutan dan dipenuhi dengan bunyi unggas serta udara yang nyaman.
Segala kemudahan lengkap ada di sini antaranya dewan makan, dewan persidangan dan taman permainan yang pastinya menawarkan khidmat dan servis yang terbaik.
Sumber Foto: Tripadvisor
Mandi sungai pula adalah perkara yang wajib dilakukan di sini kerana airnya sangat jernih dan nak lagi seronok cuba mandi pada waktu malam.
Bukan itu sahaja banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga dan pasangan. Bagi yang menyukai sesuatu yang mencabar, boleh cuba 'Waterfall Trekking' yang biasanya memakan masa selama 40 minit. Dalam perjalanan anda dapat meyaksikan keindahan Banjaran Titiwangsa dan akan melewati sebuah perkampungan orang asli.
Selain bot, ada juga banglo, chalet dan tempat untuk berkhemah yang dipanggil sebagai Glamping (Glamour Camping).
Tak payah fikir lagi, destinasi ini pastinya akan memberikan anda pengalaman yang unik bagi anda yang tengah pening memikirkan lokasi untuk berbulan madu. -CARI |